Motosikal

BENELLI LEONCINO BOBBER 400 LANCAR DI EICMA – ENJIN V-TWIN 384.5CC, 34.5HP

Benelli telah melancarkan Benelli Leoncino Bobber 400 serba baharu yang bakal menembusi pasaran dunia pada tahun 2025. 

Menariknya, ini kali pertama keluarga Leoncino menerima motosikal berkonsepkan ‘power cruiser’ selepas hanya membariskan motosikal gaya ‘cafe racer’ dan ‘scrambler’ sebelum ini. 

Meskipun begitu, beberapa ciri yang terdapat pada keluarga Leoncino masih lagi dikekalkan tangki berkapasiti 15L yang diambil dari Leoncino 800. 

Selain itu, Leoncino Bobber 400 menampilkan gaya tersendiri termasuk tempat duduk baharu yang berkedudukan lebih rendah dan terasing dari tangki hadapan.  Meskipun datang dengan tempat duduk tunggal, bahagian subframe belakang boleh menampung tempat duduk kedua (lihat contoh gambar). 

Namun begitu, ciri paling mencuri tumpuan ditawarkan Leoncino Bobber 400 ini adalah penggunaan platform V-Twin 60-darjah serba baharu yang bersesaran 384.5cc ini. Enjin terbaru ini berupaya menjana 34.5hp dan 36Nm. 

Ini secara tak langsung menempatkan Leoncino Bobber 400 sebagai pesaing kepada Triumph Speed dan Scrambler 400 X. 

Ciri menarik yang ada pada model terbaru ini adalah kedudukan penapis udara (air filter) yang terdedah di bahagian kanan casis. Pakej suspensi pula merangkumi fork terbalik di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang. 

Ciri lain ditawrakan termasuk:

  • ketinggian tempat duduk 730mm
  • skrin TFT berwarna berbentuk bulat
  • rim 16-inci depan dan belakang
  • cermin sisi jenis bar-end

Menurut Benelli, Leoncino Bobber 400 ini akan ditawarkan dengan tiga warna; Desert Tan, Midnight Black dan Onix Grey. 

GALERI: BENELLI LEONCINO BOBBER 400

Google ads
Back to top button