KOENIGSEGG JESKO ABSOLUT PECAHKAN REKOD SENDIRI 0-400-0KM/H, 27.83 SAAT
Pada bulan May 2023, Rimac telah mengumumkan secara rasmi kereta elektrik hypercar miliknya iaitu Nevera telah memecaghkan rekod terpantas di dunia bagi catatan masa 0-400km/jam dan kembali semula pada kedudukan 0km/h dalam masa 29.93 saat
Rekod yang dibuat dengan menggunakan Rimac Nevera yang berkuasa 1888 kuasa kuda telah merampas rekod yang dibuat oleh Koenigsegg Regera sebelum ini. Namun Koenigsegg berjaya merampas semula rekod tersebut dengan menggunakan hypercar Regera pada tahun lepas dengan catatan masa 28.81 saat.
Masih lagi tidak berpuas hari, pada tahun ini Koenigsegg telah merampas kembali rekod tersebut daripada Rimac pada 27 Jun 2024 di landasan kapal terbang di Örebro, Sweden dengan menggunakan model Jesko Absolut.
Hypercar Jesko Absolut berjaya memecahkan rekod Regera dengan masa yang lebih pantas iaitu 27.83 saat. Malah Koenigsegg Jesko Absolut turut memecahkan 3 lagi rekod dunia pada hari yang sama walaupun hanya menghasilkan sekitar 1600 kuasa kuda
Antaranya ialah pecutan 0-400km/jam dalam masa 18.82 saat dan nyah pecutan dari 400km/jam ke 0 km/jam dalam masa 19.2 saat, 0-250 batu/jam – 0 batu/jam dalam masa 28.27 saat dan 0-250 batu/jam dalam masa 19.2 saat.
Hypercar Jesko Absolut dipandu oleh pemandu ujian Koenigsedd iaitu Markus Lundh dengan semua rekod disahkan dan direkod dengan sistem Racelogic. Bagi mengurangkan kesan seretan udara, mengawal suhu persekitaran dan suhu permukaan landasan, percubaan ini dibuat pada pukul 5 pagi.
Tiada sebarang perubahan fizikal dibuat melainkan pemasangan sangkar perlindungan golek serta kusyen pemandu yang diambil daripada Koenigsegg One:1. Anda boleh menonton video penuh di bawah termasuklah wawancara dengan Christian von Koenigsegg bagi misi mencapai 500km/jam