Buletin

KOENIGSEGG REGERA UNGU – INSPIRASI ‘PURPLE RAIN’ PENYANYI PRINCE

 

Dalam tempoh 23 tahun, pengeluar kereta sports berprestasi tinggi dan mewah dari Sweden, Koenigsegg hanya menghasilkan kira-kira 120 buah kereta sahaja. Jadi, tidak hairanlah jika hypercar keluarannya dibina berdasarkan kepada citarasa tertentu pembelinya.

Antara aspek penting ialah pemilihan warnanya. Jika pembeli rasa tidak yakin dengan sisi kreatif mereka, serahkan sahaja kepada yang pakar di Koenigsegg. Dalam kes ini ialah Steven Wade, ketua komunikasi dan individu di sebalik blog Koenigsegg.

Peminat tegar mendiang penyanyi Prince itu baru-baru ini mengetengahkan warna ungu kepada model paling revolusionari Koenigsegg, Regera. Bahagian luaran Regera dibina menggunakan gentian karbon sepenuhnya.

BACA: 5 FILEM AKSI KERETA TERBAIK PILIHAN KAMI 

Mengambil inspirasi daripada album, lagi dan filem bertajuk “Purple Rain”, Regera ini bukan sekadar disimbah tona ungu, malah turut diserikan dengan garis putih pada bahagian sisi, bumbung dan hud hadapannya.

Di ruang kabin, ia dimonopoli oleh kemasan kulit berwarna putih dengan jahitan benang berwarna biru.

Harus tahu bahawa ini sekadar model dalam bentuk grafik yang mungkin tidak akan diproduksi pun. Reka bentuk ini adalah yang pertama dalam siri teori, hasil rekaan Wade.

Model hibrid ini dilengkapi enjin V8 twin-turbo bersesaran 5.0 liter, tiga unit motor elektrik dan tidak mempunyai transmisi. Hanya 80 unit Regera akan dihasilkan dengan  separuh daripadanya dikatakan sudah mempunyai pembeli. Harganya? Hampir AS$2 juta (RM9 juta) seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button