Buletin

KOLEKSI KERETA IKONIK JEPUN UNTUK DIJUAL, ‘RARE’ BELAKA!

Ada satu perasaan seronok apabila memandu dan memiliki kereta ikonik buatan Jepun. Mungkin kepayahan mendapatkannya atau idaman yang akhirnya dimiliki mendorong kepada perasaan tersebut.

Pada 18 Jun depan ada acara lelongan di Warwickshire Event Centre, United Kingdom yang dianjurkan oleh Classic Car Auctions.

Koleksi kereta? Pelbagai model rare buatan Jepun!

1. Toyota Supra Turbo A70 1990

Unit ini masih lagi dalam keadaan asal. Enjin 3.0L, enam silinder dengan transmisi manual lima kelajuan dan roda asal.

Sebelum Supra A90 dengan bentuk membujur, ini lah Supra A70 yang mempunyai badan berkotak dan bergaris.

Supra A70 dikeluarkan dari tahun 1986 hingga 1993 dengan tiga sesaran enjin iaitu 2.0L, 2.5L dan 3.0L aspirasi normal dan pengecas turbo.

Tidak sepopular Supra A80 dan selayaknya model ini boleh menjadi buruan ramai.

Perbatuan pula hanya 58,741 kilometer dan pelekat kilang pun masih ada di tingkap!

Harga rujukan ialah dari £20,000 (RM110,483) hingga £25,000 (RM138,104)

2. Toyota Supra A80 1996

Model Supra yang tidak perlu diperkenalkan dengan mendalam.

Biasanya Supra A80 yang ditemui adalah spesifikasi Jepun. Ini pula Supra spesifikasi UK dan dipandu sejauh 125,528 kilometer.

Ianya satu daripada unit dalam keadaan asal di dalam spesifikasi ini dan baru saja menjalani proses pembaikan dengan kos melebihi £30,000 (RM165,725).

Harga rujukan dari £35,000 (RM193,346) hingga £40,000 (RM220,967).

3. Nissan Skyline R34 GT-T

Skyline R34 sebenarnya mempunyai banyak varian dan edisi dan bukan semua Skyline itu sama. Sebagai contoh unit ini adalah model R34 GT-T.

Model ini menggunakan pacuan roda belakang dan mempunyai banyak perbezaan daripada R34 GT-R.

Di antaranya ialah pembuatan enjin, casis, suspensi, komponen dalaman dan kosmetik.

Senang cerita, R34 GT-T adalah versi ‘rilek-rilek’ R34 GT-R namun masih istimewa termasuk penggunaan HICAS (High Capacity Actively Controlled Steering) seperti saudaranya.

Unit yang dibuka untuk bidaan ini diimport pada tahun 2014 dan secara umumnya masih dalam keadaan asal. (Iya, roda dah ditukar).

Harga rujukan dari £26,000 (RM143,628) hingga £32,000 (RM176,773).

4. Subaru Impreza GT Turbo 555 AWD

Ini bukan Impreza biasa kerana hadir tanpa beberapa komponen utama berbanding GT Turbo AWD dan semestinya lebih ringan.

Unit ini didaftarkan pada tahun 1998 dan jarak perbatuan dianggarkan pada 156,106 kilometer memandangkan odometer telah rosak.

Sejarah pemeriksaan MOT (Puspaskom UK) menunjukkan perbatuan 154,497 kilometer dan kemudian Impreza ini berada dalam simpanan.

Harga rujukan dari £10,000 (RM55,241) hingga £12,000 (RM66,290) dan pembeli baharu bakal menjadi menjadi pemilik kedua.

5. Mazda RX7 Turbo 

Buat penggemar baik pulih (restore) ini kereta projek yang bagus. RX7 ini berada dalam pegangan pemilik sekarang sejak 2002 dan sebelum itu dimiliki dua orang wanita.

Unit ini boleh dipandu seperti biasa cuma sekarang mengalami masalah yang katanya berpunca dari pam minyak.

Walaupun badan dalam keadaan lusuh, enjin telah dibina semula oleh Hurley Rotary di Conventry dan sejak keluar bengkel dipandu sejauh 8046 kilometer.

Turut menjadikannya rare ialah bumbung boleh buka! Satu lagi yang menarik ialah unit ini dibuka tanpa harga rizab!

BACA: TOYOTA GR86 SPECIAL EDITION TERHAD 860 UNIT SAHAJA, RODA LAWA!

BACA: NISSAN Z MASUK AUSTRALIA, DARI RM225K, ADA MANUAL DAN AUTOMATIK

BACA: INGAT LAGI MAZDA FAMILIA? INI FAMILIA VAN TERBARU!

Google ads
Back to top button