Buletin

INGAT LAGI MAZDA FAMILIA? INI FAMILIA VAN TERBARU!

Model popular buatan Mazda hari ini adalah seperti CX-5, CX-3 dan Mazda3. Orang lama yang meminati Mazda pula pasti masih ingat model ikonik seperti Familia atau 323.

Model ini mempunyai eranya yang tersendiri dari 60-an hingga 80-an. Selain hatchback dan sedan, Familia ada sebuah lagi model iaitu Familia Van dalam gaya badan wagon.

Jika Familia era 80-an mempunyai kaitan dengan Ford, Familia Van pula dibuat dengan kerjasama Nissan atau diambil dari AD Wagon.

Mazda Familia Van 2017

Dari segi susunan, ada tiga model Familia Van iaitu Y10 (1994-1999), Y11 (1999-2008) dan Y12 (2007-2018).

Lebih lama dari generasi Nissan, Mazda mengeluarkan Familia 800 van pada tahun 1963.

Bagaimana pula dengan sekarang? Masih ada dan kali ini Mazda bekerjasama dengan Toyota dan menggunakan Probox sejak tahun 2018.

Toyota Probox yang digunakan adalah dari versi ketiga (XP160) yang dikeluarkan dari tahun 2014.

Terbaru Mazda memperkenalkan Familia Van 2022 dengan beberapa peningkatan.

Mazda Familia Van 2018

Secara asasnya, gayaan Familia Van sama seperti sebelum ini, kekal dengan gaya utilitarian.

Bentuk berkotak, tiada garisan tajam dan senang nak memuatkan barang kerja atau niaga.

Bampar varian GX dicat penuh dengan warna badan dan secara amnya model ini bukan dibuat untuk pertandingan kereta tercantik.

Walaupun tampil ringkas, Familia Van ditawarkan dengan nadi hibrid 1.5 liter 1NZ-FXE yang cekap bahan api pada kadar 22.6 km/l (mod WLTC).

Enjin itu menggunakan teknologi pemasaan injap boleh ubah VVT-i dan EGR (kitaran gas ekzos) untuk prestasi dan kecekapan.

Mazda Familia Van 2018

Output maksimum ialah 74 ps pada 4,800 rpm dan tork 111 Nm dari 3,600 – 4,400 rpm. Motor elektrik pula berkuasa 61 ps dan tork 169 Nm.

Nadi hibrid dipadan bersama transmisi CVT elektrik dan hanya ada pacuan dua roda.

Selain itu, Familia Van juga ditawarkan dengan enjin 1.5 liter 1NZ-FE yang berkuasa 109 ps pada 6,000 rpm dan 135 Nm pada 4,800 rpm bagi varian pacuan dua roda.

Varian 4WD pula sedikit rendah iaitu 103 ps pada 6000 rpm dan tork 132 Nm pada 4,400 rpm. Kedua-duanya dipadan bersama transmisi CVT.

Bagaimana pula dengan harga? Bermula dari 1,633,500 yen (RM55,622) hingga 2,073,500 yen (RM70,605).

Mazda Familia Van 2002

BACA: 10 FAKTA MENARIK MAZDA CX-60 YANG PERLU ANDA TAHU

BACA: CX-50 PASANG DI KILANG KONGSI MAZDA DAN TOYOTA DI AS!

BACA: MAZDA NAK BUAT BANYAK SUV: CX-50, CX-60, CX-70, CX-80, CX-90!

Google ads
Back to top button