Modifikasi

HONDA HIBRID JUARA EMMA

Kereta ini direka kerana lahirnya teknologi hibrid, enjin pembakaran petrol dan penggunaan motor berkuasa bateri.

Honda-Jazz-Hybrid-mekanika (3)

Hari ini, ia bukanlah sesuatu yang asing dan kehangatan sambutan terhadap kenderaan hibrid sudah pun sampai ke tahap suam-suam kuku.

Kereta-kereta seperti Toyota Prius C, Honda CR-Z, Insight dan Jazz sudah mula diterima di pasaran. Isu bateri, cas dan penyelenggaraan bukan lagi hal besar . Orang biasa juga sudah mula menganggap kenderaan hibrid sebagai kereta penumpang biasa sahaja.

Honda-Jazz-Hybrid-mekanika (5)

Kereta ini sesuai dijadikan kereta harian atas beberapa sebab yang kukuh. Penjimatan bahan api adalah asas utama orang membeli kereta ini. Samalah seperti pemilik kereta Honda Jazz Hybrid ini. Tetapi sebaik sahaja dibeli, kereta yang baru meninggalkan bilik pameran Honda ini terus masuk ke pusat aksesori untuk peningkatan sistem audionya pula.

Dengan peningkatan dan modifikasi yang betul, kereta ini telah memenangi pertandingan EMMA pusingan kedua di Johor tahun lalu bagi kelas ‘Master 6 channel sound only’. Melihat pada gandingan audio yang dipasang, ia seakan mustahil. Kereta ini mendapat peralatan yang terlalu minimum dan pemadanannya pula kelihatan sangat ringkas.

Honda-Jazz-Hybrid-mekanika (4)

Jadi apa yang membolehkan juri bertauliah EMMA memilihnya sebagai pemenang utama kelas tersebut?

Baik apa juga kemasan dan cara pemasangan yang dibuat, kereta dinilai tetap pada hasil bunyi akhirnya dengan format yang telah ditetapkan. Pemilik kereta yang telah arif dengan corak penilaian EMMA telah membuat kajian terperinci sebelum memulakan projek. Rahsianya disimpan rapi dan apa yang anda nampak ini adalah sebahagian daripada teknik yang digunakan.

Honda-Jazz-Hybrid-mekanika (7)

Pemain utamanya ialah unit 2DIN DVD Sony XAV63 yang dipasangkan pada ruang audio tengah. Fungsi DVD dan pemproses generasi baru Sony ini jauh lebih baik berbanding siri awal Xplod yang diperkenalkan sebelum ini.

Keluaran pemain ini bukanlah harapan terbaik yang diletakkan oleh pemiliknya. Sebaliknya pemproses Domination menjadi wadah tunggal sebagai pemproses yang mengambil alih semua bentuk talaan sistem bunyi. Pemproses begini walaupun berkesan tetapi penalaan oleh mereka yang pakar selalunya menjadi dilema.

Honda-Jazz-Hybrid-mekanika (1)

Pemproses ini kemudiannya membahagikan isyarat kepada dua buah amplifire Domination RS4300. Unit pertama bertanggungjawab untuk membahagikan isyarat mid pada panel pintu hadapan sahaja. Amp 4 saluran berkuasa 50watt RMS ini menumpukan sepenuhnya fokus bunyi mid menjadikan penalaan lebih mudah (tapi itu secara teorinya lah). Ia memerlukan seorang pemasang yang pakar untuk menempatkan sepasang speaker siri Sadewa yang terkenal itu.

Amp kedua (dengan spec yang sama) pula berkongsi kuasa dengan sepasang R50 tweeter dan sebuah sub D230MKII. Kedengarannya memang ganjil bila sebuah amp 4 saluran berkongsi kuasa untuk frekuensi yang sama sekali berbeza kan?

Honda-Jazz-Hybrid-mekanika (9)

Namun begitu ‘pitching’ bunyi bagi bass dan treble ini berjaya dipisahkan oleh unit penala utama tadi. Lebih mengejutkan, masalah distortion berjaya dihapuskan sepenuhnya!

Pemasangan tweeter di bahagian pillar hadapan yang ‘hanya’ digantung dalam perumah asal selalunya menghasilkan output hi-freq yang teruk. Maksud teruk ialah anda tidak boleh mengawal sudut keluaran, penapisan frekuensi yang huru-hara dan kekedapan udara yang tidak efektif.

Honda-Jazz-Hybrid-mekanika (12)

Tapi seperti yang saya nyatakan di awal tadi, pemiliknya membina berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh EMMA. Dia tahu di mana sudut keluaran terbaik dan penilaian jenis bagaimana yang dibuat. Justeru, ia mendapat julat catatan markah yang tinggi.

Dari luar, anda tidak akan menyangka ia sebuah kereta yang layak untuk pertandingan berprestij seperti EMMA. Di dalamnya juga. Pemasangannya terlalu biasa, malah lebih biasa dari kereta yang digunakan seharian. Saya sendiri sebenarnya tidak sangka!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button