Artikel Pilihan

KERANA TUKAR MINYAK ENJIN TAK IKUT SPESIFIKASI, JURUELETRIK RUGI RM 63,000

Sekiranya anda bukanlah kaki kereta, maka nasihat penulis kepada bakal pembeli ialah supaya membeli kereta baru koyak plastik yang keluar dari kilang. Ini kerana kereta baru akan diberikan jaminan oleh pengeluar selama 3 atau 5 tahun dan juga mengikut berapa jarak perjalanan sehingga 100,000 ke 150,000.

Jika anda kaki kereta dan pandai DIY maka tak salah membeli kereta terpakai yang anda suka sesuai dengan bajet bulanan anda. Kalau rosak, boleh baiki sendiri. Bagi kenderaan baru, adalah penting bagi pemilik untuk menghantar kenderaan mereka ke pusat servis pengeluar atau wakil pusat servis bertauliah bagi menjalankan servis berkala mengikut jarak atau sela masa 6 bulan

Ini akan memastikan anda tidak melanggar kontrak jaminan pengeluar sekiranya apa-apa kerosakan luar biasa yang berlaku dan tidak membebankan kewangan pemilik. Bagi seorang juruelektrik di Ontario, ini merupakan satu pelajaran yang bernilai RM 63,000 yang harus dilaluinya selepas Ram 1500 EcoDiesel pikap miliknya rosak akibat menukar minyak pelincir tidak mengikut jadual

Juruelektrik berkenaan membeli pikap Ram yang baru beberapa tahun lepas dengan jaminan pengeluar sehingga 100,000km atau 62,000 batu. Malangnya pikap Ram beliau rosak dan tersadai di tepi lebuhraya apabila perbatuan mencecah 91,000km atau 56,500 batu. nasib beliau bertambah malang apabila jaminan pengeluar bagi pikap Ram miliknya ditolak oleh pengeluar

Menurut pengeluar, jaminan ini ditolak selepas siasatan teknikal dalaman mendapati pemandu ini tidak menukar minyak enjin mengikut sela masa atau jarak yang ditetapkan. Pihak Ram juga mendapati pada jarak 31,000 batu, lampu isyarat amaran penukaran minyak enjin telah menyala dan pemandu tidak menukar minyak enjin dengan segera dan terus memandu seperti biasa.

Pemandu ini juga sebaliknya melakukan servis penukaran minyak enjin di sebuah bengkel biasa dan pekerja bengkel tersebut menyarankan agar trak pikap Ram ini menukar minyak pelincir enjin pada sela masa 15,000 batu atau 24,000km. Pemilik ini juga menyalahkan pihak Ram kerana tidak menyediakan buku manual bagi memudahkannya membuat rujukan

Namun pihak Ram menyatakan bahawa manual untuk rujukan pemilik boleh didapati di laman sesawang dan pada muka surat 54 ia jelas menyatakan bahawa penukaran minyak enjin perlu dibuat dalam sela masa 10,000 batu (16,000) atau tidak melebihi 12 bulan mengikut mana-mana dahulu yang sampai.

Trak pikap Ram juga tidak boleh dipandu melebihi 500 batu selepas lampu amaran penukaran minyak enjin menyala. Bagi penulis, jarak ini sudah cukup untuk pemilik pergi ke pusat servis bagi menukar minyak enjin. Bagi pemilik trak pikap Ram 1500 EcoDiesel berkenaan, kos penukaran enjin baru V6 3000cc berharga sekitar RM 63,000 disebabkan enjin lamanya sudah rosak sepenuhnya

Pemilik kenderaan berkenaan dikatakan tidak mampu untuk menukar enjin disebabkan kekangan kewangan dan kemungkinan besar trak pikap ini akan dilupuskan. Salah seroang jurucakap syarikat Ram menjelaskan jaminan pengeluar terbatal akibat kegagalan pemilik untuk mematuhi standard servis mengikut paramater yang ditetapkan oleh pengeluar.

Malah Ram boleh menggantikan enjin baru sekiranya terbukti bahawa enjin tersebut mengalami kecacatan pengeluaran di kilang. Disebabkan kecuaian ini berpunca daripada pemilik, maka kos penggantian enjin baru adalah di bawah tanggungjawab pemilik bukannya pengeluar

Google ads
Back to top button