
MAZDA CX-30 VERSI CKD AKAN DILANCAR BULAN MAC, HARGA BERMULA RM 130,000
Bagi peminat kenderaan jenama Mazda khususnya untuk model SUV Mazda CX-30, ini ada satu berita luar biasa baik untuk anda. Model CX-30 akan dilancarkan secara pada awal bulan Mac nanti dalam versi CKD untuk pasaran Malaysia dengan pemasangan akan dibuat di Kulim, Kedah.
Proses pemasangan tempatan ini akan menyaksikan harga jualan Mazda CX-30 akan menjadi lebih murah, mampu milik dan akan menarik ramai bakal pembeli. Sebagai perbandingan model sekarang merupakan model yang dipasang siap di fasiliti Mazda di Hiroshima, Jepun.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi di laman sosial, terdapat 4 varian pacuan roda depan 2WD yang akan ditawarkan nanti bermula daripada varian 2.0 Standard (RM 130,000), 2.0 High (RM 140,000), 2.0 High+ (RM 150,000) dan 2.0 High+P (RM 160,000).

Sebagai perbandingan model CBU yang dijual sekarang bermula daripada RM 145,000 bagi varian Core dan RM 180,000 bagi varian AWD Ignite Edition. Berdasarkan maklumat yang terkini juga, varian turbodiesel 1800cc 4 silinder digugurkan daripada tawaran untuk pasaran Malaysia.
Antara perubahan yang diterima oleh model CKD ialah penggunaan krom di jeriji depan dengan bertemakan Signature Wing dan juga motif rekaan jeriji depan berbentuk segitiga.
Bagi varian tertinggi iaitu 2.0 High+P ia menerima lampu depan LED dengan DRL LED, sensor parkir depan, cermin sisi yang boleh dilipat secara automatik, sistem kemasukan tanpa kunci, sensor parkir belakang, pintu ruang kargo berkuasa elektrik, rim aloi 18 inci dengan berwarna gelap, dan juga bumbung suria berkuasa elektrik

Untuk di bahagian dalam, varian 2.0 High+P menerima skrin multimedia MZD Connect, kamera 360 darjah, cermin pandang belakang tanpa bingkai, dan kusyen berkuasa elektrik dengan 10 tetapan dengan balutan kulit gelap.
Varian ini juga menerima pakej sistem keselamatan aktif Mazda i-ActiveSense yang merangkumi sistem bantuan lampu tinggi automatik adaptif, amaran titik buta, amaran lintasan trafik belakang, Front Cross Traffic Alert System, Lane Departure Warning System, Lane Keep Assist, Smart Brake Support, dan sistem bantuan pemanduan aktif Mazda Radar Cruise Control
Semua varian akan dikuasakan dengan enjin 2000cc 4 silinder SkyActiv-G yang menjana 162 kuasa kuda pada 6000 RPM dan 213Nm tork pada 4000 RPM. Hanya satu pilihan transmisi sahaja yang ditawarkan iaitu transmisi automatik 6 kelajuan. Mazda CX-30 ditawarkan dengan 5 tahun jaminan, 5 tahun servis percuma termasuk upah buruh, minyak pelincir dan alat ganti







