
TESLA OPTIMIS TEKNOLOGI PEMANDUAN AUTONOMI SIAP TAHUN INI
Pengeluar kereta elektrik Amerika Syarikat, Tesla Inc. “semakin hampir” mencapai tahap lima dalam teknologi pemanduan autonomi.
Ketua Eksekutifnya, Elon Musk merujuk kepada keupayaan navigasi jalan raya tanpa input daripada pemandu.
“Saya sangat yakin bahawa tahap lima atau autonomi lengkap akan berlaku. Ia akan berlaku dengan cepat.
“Saya berpendirian bahawa kami akan mempunyai fungsi asas untuk tahap lima autonomi disiapkan sepenuhnya pada tahun ini,” kata Musk melalui mesej video pembukaan pada Persidangan Kecerdasan Buatan Dunia (WAIC) di Shanghai.
Pengeluar kereta dan teknologi termasuk Alphabet Inc., Waymo dan Uber Technologies melabur berbilion-bilion dalam industri pemanduan autonomi.
Bagaimanapun, sumber dalaman industri berkata ia akan mengambil masa untuk menyiapkan teknologi berkenaan dan meraih kepercayaan orang ramai menerima kenderaan autonomi.
Pengeluar kereta berpangkalan di California ini sedang rancak membangunkan kenderaan menggunakan sistem bantuan pemandu (Autopilot).
Musk menambah, Tesla juga sedang membangunkan sistem peluncuran haba baharu atau sistem penyejuk bagi membolehkan penggunaan komputer lebih meluas dan canggih di dalam kenderaan.
Data industri mencatatkan Tesla menjual hampir 15,000 sedan Model 3 yang dikeluarkan di China pada bulan lalu.
Tesla menjadi pengeluar kereta paling bernilai apabila sahamnya melonjak ke paras tertinggi dan permodalan pemasaran Tesla mengatasi saham Toyota Motors. Corp. –reuters.
- BACA: HYUNDAI XCIENT FUEL CELL – INILAH RESPON HYUNDAI TERHADAP TESLA SEMI TRUCK
- BACA: TESLA KINI BERNILAI RM878 BILION. KALAHKAN TOYOTA, COCA-COLA DAN DISNEY
- BACA: TERSILAP PESAN 27 TESLA MODEL 3 BERNILAI RM6.7 JUTA, LELAKI KENA BAYAR RM12.4K UNTUK BATALKAN TEMPAHAN
- BACA: SILAP TEKAN PEDAL, TESLA MODEL 3 MASUK DINDING PASARAYA







