
KTM 1390 SUPER DUKE R EVO 2024 DIRASMIKAN – 188HP, 145Nm
KTM akhirnya mendedahkan KTM 1390 Super Duke R EVO untuk pasaran global setelah model itu beberapa kali menjalani ujian di Eropah beberapa bulan sebelum itu.
Untuk rekod walaupun membawa nama 1390, model ini hanyalah bersesaran 1350cc yang merupakan platform baharu diperkenalkan KTM bagi menggantikan KTM 1290 Super Duke R sebelum ini.

Menurut KTM, sesaran enjin yang lebih besar itu dicapai dengan membesarkan ‘bore’ dari 108mm kepada 110mm. Bagaimnapun, ‘stroke’ dikekalkan pada 71mm. Senario ini sekaligus menyaksikan 1390 Super Duke R EVO menawarkann 188hp (naik 11hp) dan 145Nm.
Antara yang turut dipertingkat adalah sistem ‘cam’ baharu yang membolehkan enjin menukar profil ‘cam’ mengikut kadar ‘rev’ enjin.

Menariknya, walaupun enjin lebih berkuasa, KTM memastikan platform baharu ini lebih jimat dari segi penyelenggaraan ekoran servis utama hanya perlu dilakukan setiap 60,000km.
Antara peningkatan lain termasuk, kotak udara baharu dan diameter ‘throttle body’ yang lebih lebar – dari 56mm kepada 60mm. Ini juga menyebabkan RPM naik lebih 500rpm berbanding versi 1290.
Meskipun banyak naik taraf diberikan namun KTM 1390 Super Duke R EVO ini masih lagi mengguna pakai casis ‘steel tube’ yang sama dengan 1290 Super Duke R.

Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk suspensi WP Semi-Active Technnology dengan tujuh mod pilihan; Auto, Comfort, Rain, Street dan Sport serta Track dan Pro (Track dan Pro hanya boleh dipilih dengan opsyen Suspension Pro).
Pakej brek pula terdiri daripada Brembo Stylema di depan yang dipadankan bersama cakera 320mm dan brek 2-pot belakang dengan cakera 240mm.

Atas kertas model ini juga dilengkapi klac Brembo Master Cylinder (MCS) dengan sistem ‘self-venting’ bermakna tak perlu lagi untuk melakukan servis ‘bleeding’.
Antara ciri lain yang turut tersedia termasuk:
- panel meter TFT 5-inci
- tangki 17L dan lampu baharu (700g lebih ringan)
- berat 212kg (tangki penuh)







