BuletinMotosikal

KENAPA ZARCO PILIH KTM? BUKAN HONDA? BUKAN DEMAK? BETUL KE BELIAU RASIS?

Johann Zarco telah membuat keputusan yag terbesar dalam karier MotoGP beliau dengan menyertai KTM pada musim hadapan dan bukannya bersama pasukan juara dunia, Honda.

Pelumba Perancis itu dikatakan telah berunding dengan empat jenama pengeluar yang berminat dengan beliau gara-gara kehebatan yang dipamerkan bersama pasukan Tech3 Yamaha musim lalu.

Tapi akhirnya seperti kita sedia maklum, beliau telah memilih untuk menyertai pasukan KTM yang menduduki tangga keenam dan terakhir kejohanan MotoGP.

Zarco menyatakan kegembiraan sebaik mengumumkan penyertaan beliau ke pasukan factory KTM di Jerez Khamis lalu. Sudah tentu Honda sebuah pasukan yang pasukan hebat tetapi beliau menghargai minat KTM yang mahukan khidmat beliau. Malah sebagai seorang warga Eropah beliau terasa lebih bermotivasi untuk menunggang motosikal keluaran Eropah. Nampak tak boleh tahan rasis kan?

Selain daripada itu, jurulatih beliau (Laurent Fellon) berkeyakinan yang Zarco akan serasi dengan jentera baru beliau dan mampu mencipta banyak kejayaan dengannya.  Keduanya juga sependapat dengan cabaran baru yang mendatang dalam pasukan baru itu.

BACA: MOTOGP SEPANYOL, SESI LATIHAN BEBAS, HAFIZH TIDAK BERMULA DENGAN BAIK

Zarco seterusnya menerangkan yang jika menyertai pasukan Honda, beliau semestinya terpaksa berusaha keras untuk menyaingi kehebatan Marc Marquez. Bukannya beliau tidak ingin menjadi rakan sepasukan Marquez tetapi sudah tentu banyak usaha yang harus dilakukan jika ingin mengalahkan Marquez.

Kenapa pula tidak usaha yang sama digunakan dalam pasukan KTM. Mereka percaya kejayaan akan dicapai di mana sahaja asal sahaja usaha yang keras dicurahkan dengan sepenuh jiwa.

Zarco menyatakan yang beliau bukannya ingin mendabik dada menyatakan yang beliau adalah setaraf dengan Marc tetapi menegaskan kemampuan beliau menunggang. Adakah kemampuan beliau akan memacu KTM ke tahap yang lebih baik? Sama-sama kita tunggu hasilnya.

Jika sebelum ini dapat diperhatikan pelumba seperti Jorge Lorenzo berdepan dengan masalah sebaik berpindah ke Ducati, mungkin Zarco akan menerima nasib yang serupa?

Ia bukannya satu masalah menurut Zarco kerana beliau dan jurulatih sudah berbincang dan penuh keyakinan yang gaya menungang beliau adalah sangat bersesuaian dengan KTM. Berdasarkan pemerhatian beliau sendiri terhadap masalah Jorge Lorenzo dengan Yamaha dan Ducati, Zarco yakin yang beliau tidak akan menghadapi masalah yang serupa.

Harap-harap macam tu lah, Pak Amid sendiri pun rasa lain macam bila bertukar dari MZ Moskito ke Modenas CT Nurhaliza 110.

Google ads
Back to top button