Buletin

BERMULANYA ERA BARU – CAWANGAN 4S PERTAMA PROTON DIBUKA SEMALAM

Setia Gemilang Auto Sdn Bhd telah dilancarkan secara rasmi sebagai cawangan pengedar PROTON bertaraf 4S pertama dinaik taraf, dengan memaparkan wajah baharu yang lebih segar.

Acara tersebut dirasmikan oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, dengan kehadiran Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran serta barisan pengurusan kanan PROTON.
 
Bermulanya episod baharu
 
PROTON menampilkan wajah baharu untuk rangkaian pengedarnya dengan pelancaran cawangan 4S Setia Gemilang yang telah dinaik taraf. Ini menandakan satu standard yang baharu untuk memastikan platform bagi jualan dan perkhidmatan adalah selari dengan model perniagaan Syarikat dan objektifnya juga adalah untuk menyediakan pengalaman baharu yang dipertingkat kepada pelanggan.
 
“Saya berasa gembira dengan aktiviti penambahbaikan cawangan 4S dan 3S baharu yang sedang berjalan dengan lancar terutama dengan hasil usaha sama yang sangat baik yang dipamerkan oleh pengedar-pengedar bersama pasukan dari PROTON. Penambahbaikan yang dilakukan ini akan menarik lebih banyak orang untuk berkunjung ke cawangan, kerana pengguna biasanya ingin melihat dan merasai suasana baharu, persekitaran, rupa dan pengalaman baharu; serta pemandangan yang lebih baik”
 
“Bahagian dalaman dan luarannya dilengkapi dengan kedudukan warna-warna berbeza untuk mewujudkan suasana ceria dan lebih moden, dengan ruangan luas dibina untuk sudut kanak-kanak, ruangan pelanggan dan ruangan istirehat. Pelanggan yang memasuki cawangan ini akan dapat menikmati kemudahan baharu, ruang menunggu yang selesa sambil menanti untuk menyelenggara kereta mereka, dengan kemudahan wifi percuma bagi memastikan pelanggan sentiasa berhubung. Kami menjaga keperluan pelanggan dan ingin menekankan bahawa kepuasan pelanggan tetap menjadi keutamaan kami. Yang paling penting, kami ingin menyampaikan mesej mengenai PROTON yang baharu,” kata Dr Li.
 
Dengan pelancaran pusat bertaraf 4S pertama yang dinaik taraf ini, PROTON juga mempamerkan rupa baharu bersama elemen yang terkini. Wajah yang baharu ini menggabungkan warna-warna baharu yang mewakili gaya hidup global, dipacu teknologi, keceriaan dan bersikap prihatin. Wajah baharu ini boleh dilihat di bahagian luar dan dalam kawasan jualan dan servis, untuk penampilan PROTON yang lebih segar,
 
Di bahagian luarnya pula, warna-warna yang terang digunakan untuk mencerminkan imej yang muda, sementara pada bahagian dalamannya pula, kawasan penyambut tetamu telah diberikan kesegaran untuk mewujudkan suasana yang mesra kepada pelanggan.
 
Terdapat juga dinding dengan grafik gaya hidup untuk memberikan suasana dalaman yang meriah. Untuk tampil lebih eksklusif, terdapat juga lampu kekuningan elegan di ruangan pelanggan yang memberikan mereka keselesaan ketika menuju masuk ke ruangan tersebut. Untuk kesan menyeluruh, bahagian penghantaran jualan mempamerkan mural grafik yang moden untuk mewujudkan suasana yang bergaya dan moden.
 
Setakat ini, jualan di wilayah tengah telah menyumbangkan sebanyak 40% daripada jumlah jualan dan 40% daripada pengeluaran untuk aspek selepas jualan PROTON. Dengan suasana yang lebih mesra, ia memberikan peluang untuk menunjukkan kepada pelanggan mengenai pengalaman yang telah dipertingkatkan kepada pelanggan Proton yang berpotensi dan sedia ada di kawasan sekitarnya.
 
Cawangan yang telah dinaik taraf, ditambah pula dengan pengambilan kakitangan jualan dan selepas jualan yang mempunyai kelayakan yang bersesuaian, serta latihan untuk meningkatkan kemahiran mereka, diharap dapat meningkatkan skor PROTON untuk CSI dan SSI.
 
Aktiviti menaik taraf pusat 3S dan 4S mengikut sasarannya, akan membantu mengembangkan pegangan pasaran PROTON sejajar dengan matlamat Syarikat.
 
Proton telah mewujudkan satu keperluan standard bagi setiap cawangan yang didirikan. Untuk cawangan ini, ia meliputi kawasan seluas 2 ekar yang terdiri daripada ruangan pelanggan yang luas, ruang pameran yang mewah, ruang tempat letak kereta yang luas untuk para pelanggan, serta tambahan ruang yang lebih baik untuk meletak dan lebih banyak servis pengangkat untuk kereta pelanggan.
 
Ruang pameran yang bergaya bagi cawangan baharu ini boleh menampung 11 kereta pameran, 50 ruang letak kereta pelanggan, 14 servis pengangkat, 12 ruangan ketuk dan cat serta ruang menunggu yang dapat memuatkan seramai 30 orang. Dengan kemudahan baharu yang disediakan dan kawasan yang strategik di kawasan perindustrian sepanjang jalan utama di bandar, pelanggan tidak akan mempunyai masalah untuk berkunjung ke cawangan ini.
 
Sesetengah perkara adalah lebih berharga apabila mereka dapat merasai dan melihat hasilnya. Ini adalah apa yang dirasai oleh Andrew Quek Tze Kean, Pengarah Setia Gemilang Auto Sdn Bhd, apabila beliau berkata, “Hari ini adalah salah satu hari yang paling bahagia dalam hidup saya, kerana akhirnya, cawangan Setia Gemilang telah berjaya dinaik taraf untuk memenuhi keperluan taraf yang baharu bagi sebuah cawangan 4S PROTON.”
 
“Banyak usaha telah dilakukan untuk memastikan apa yang kita saksikan hari ini, menjadi kenyataan. Saya mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya atas usaha dan kerja yang hebat, serta PROTON kerana sokongan berterusan daripada mereka. Saya teruja dengan perkembangan baharu ini dan saya harap ini mengalu-alukan lebih banyak peluang perniagaan untuk pertumbuhan jualan dan servis”.
 
Yakin dengan pasukannya, “Dengan gandingan kerjasama, kami mempunyai pasukan kuat dan berpengalaman yang akan
memantau operasi harian jualan, servis serta kerja-kerja mengetuk dan cat untuk memastikan pengalaman pelanggan yang
optimum. Kakitangan kami juga dilatih untuk memenuhi tuntutan dan keperluan pelanggan,” tambah Andrew.
 
Aktiviti menaik taraf – capai sasaran 75% dalam masa 5 bulan
 
Majlis pelancaran ini merupakan sebahagian dari hala tuju Syarikat untuk menaik taraf cawangannya di seluruh negara kepada sejumlah 109 cawangan berstatus 3S dan 4S, menjelang Oktober tahun ini sebagai persediaan tibanya model SUV akan datang.
 
Setakat 31 Mei 2018, Proton mempunyai 82 cawangan yang telah bersedia untuk menaik taraf kepada 3S dan 4S. Ini adalah pencapaian 75% berbanding sasaran, dalam tempoh 5 bulan, dua bulan lebih awal daripada yang dijadualkan.
 
Google ads
Back to top button