
KTM 450 RALLY REPLICA 2021. TERHAD 82 UNIT. RM129,000 SAHAJA
Falsafah Ready To Race KTM diserlahkan pada model terbaharu KTM 450 RALLY REPLICA 2021.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, model produksi terhad itu telah mencapai status lebih tinggi.
Terima kasih kepada komponen dan prestasi yang datang secara langsung daripada pelumba pasukan Red Bull KTM Factory Racing iaitu Toby Price, Matthias Walkner dan Sam Sunderland.

Ini merupakan motosikal yang direka untuk beraksi cemerlang di pelbagai peringkat rali, memenuhi keperluan penunggang dan memenangi perlumbaan.
Enjin SOHC 450cc dimasukkan ke dalam chasis bagi tujuan perlumbaan bersama pelbagai perincian lain untuk menyerlahkan lagi aspek eksklusivitinya.
Antara spesifikasi termasuklah suspensi WP XACT PRO dengan katrij tertutup bersama teknologi Cone Valve yang sofistikated.

Untuk model tahun 2021, KTM meningkatkan pakej enjin dengan transmisi baharu dan mekanisma penukaran gear. Pengaruh langsung daripada material PANKL Racing Systems dari jabatan KTM Motorsport nyata mampu meningkatkan lagi ketahanan motosikal.
Gaya tunggangan tiga orang penunggang itu nyata membantu dalam memuktamadkan nisbah gear. Hasilnya, KTM 450 RALLY REPLICA hadir dengan nisbah gear yang sama seperti jentera dalam perlumbaan Rali Dakar.
Produksi KTM 450 RALLY REPLICA 2021 dihadkan kepada 85 unit sahaja di seluruh dunia. Ia boleh anda miliki pada harga 25,900 euro (RM129,00) seunit bermula September 2020.