Buletin

KTM TECH3 SAMBUNG KONTRAK OLIVIERA. NASIB HAFIZH MASIH SAMAR…

Sebagai pasukan satelit yang baru bertukar dari jentera Yamaha kepada KTM, pasukan Tech3 nampaknya berhati-hati dalam membuat penilaian pelumba. Selepas tiga pusingan dalam musim 2019, KTM melihat potensi yang bagus pada Miguel Oliveira.

Oliveira menerima tawaran sambungan kontrak setahun lagi untuk musim 2020. Pelumba yang berasal dari Portugal itu antara prestasi KTM terbaik setakat ini dengan memungut dua mata termasuklah kedudukan terbaik setakat ini, di posisi ke-11 di Argentina.

“Kontrak Miguel sebenarnya tamat pada musim panas nanti, namun kami memilih untuk menyambungnya lebih awal'” Ujar Boss KTM, Pit Beirer kepada laman web speedweek.com.

Bagi pasukan Factory pula, Esparago dan Johann Zarco telah menandatangani kontrak lebih awal untuk musim 2020.

Tiada berita lagi tentang pelumba negara, Hafizh Syahrin. Buat masa ini, kontrak beliau akan tamat untuk musim 2019 dan dengan perkembangan terbaru ini hanya tinggal Hafizh sahaja yang belum pasti nasibnya dengan pasukan KTM.

Tags
Google ads
Back to top button