,
Buletin

MOTOR KTM LEBIH BANYAK MASALAH – ROSSI

Selepas enam kedudukan grid, enam podium dan hampir menjadi pasukan satelit Yamaha M1 pertama memenangi MotoGP, Johann Zarco bertukar kepada jentera KTM dan kedudukan terbaiknya setakat ini ialah menghabiskan perlumbaan di tempat ke 13.

Pelumba Perancis itu jelas bergelut dengan jentera KTM, sama seperti ketika Rossi yang sukar mencatat sebarang kemenangan apabila berpindah ke Ducati pada 2011.

Rossi yang memulakan karier bersama Honda, tidak memenangi sebarang kejuaraan, sehinggalah beliau kembali ke kem Yamaha pada 2013.

“Tahun lepas, tiga pelumba terbaik, saya, Lorenzo dan Zarco menghadapi masalah yang sama apabila kami berhenti menggunakan Yamaha. Saya dan Lorenzo ke Ducati dan sekarang Zarco di KTM,” Ujar Rossi ketika ditanya pandangannya tentang prestasi Zarco.

“Bagi Yamaha, ia mungkin ada kelemahan namun ia motosikal yang sangat mudah dikendalikan. Dalam kes Zarco yang telah biasa mengggunakan jentera Yamaha, bila bertukar motor, ia sangat susah”

“Memang benar, ia bergantung pada jentera apa yang anda guna. Tapi KTM nampaknya sangat berbeza dengan motosikal kami. Mungkin ia ada kelebihan tapi dalam banyak situasi, ia lebih banyak masalah.

“Pada pendapat saya, Zarco tidak ada jiwa yang sesuai dengan jentera KTM, sebab dia dah buktikan bersama Yamaha, dia seorang yang sangat laju. Mungkin dia perlukan sedikit masa sebab kedua-dua motor Yamaha dan KTM adalah sangat berbeza cara tunggangannya.”

Buat masa ini, pendahulu kejuaraan, Andrea Dovizioso mencatat keputusan baik bersama Tech3 Yamaha sebelum berpindah ke pasukan Factory Ducati. Namun, pelumba Itali itu gagal mendapatkan sebarang kejuaraan di tahun pertama di Ducati meskipun mencatat podium enam kali bersama Yamaha M1 tahun sebelumnya.

“Bila anda bertukar motosikal, perubahannya sangat besar. Setiap motosikal mempunyai karekteristik berbeza, cerita berbeza dan saya tak tahu apa sebenarnya masalah KTM.

“Saya rasa semua orang menjangkakan yang lebih baik dari Zarco. Tapi inilah realiti sebenar dalam MotoGP, pertarungannya benar-benar sengit.

“Sama juga dengan Yamaha. Dua tahun sebelum ini, kami ada keputusan yang bagus, namun sekarang kami bergelut dengan pertarungan sengit antara jenama. Semua orang bekerja keras untuk membangunkan jentera yang terbaik.”

Dovizioso berpendapat mungkin Zarca memandang rendah perubahan antara kedua jentera Yamaha dan KTM. Mungkin Zarco menyangka beliau mampu menyesuaikan diri dengan mudah.

“Saya rasa ia agak normal apa yang berlaku pada Zarco sebab bila anda menggunakan satu motosikal, satu pengeluar, anda fikir anda tahu lebih banyak tentang motosikal lain,” Ujar Dovizioso.

“Sehinggalah anda menunggang motosikal lain, barulah tahu ia tidak semudah yang disangka. Ia berlaku pada saya dan saya rasa ia berlaku pada pelumba lain juga. Ia perkara biasa.

“Saya rasa motosikal itu benar-benar berbeza antara Yamaha dan KTM. Saya rasa beliau perlu masa dan realitinya memang KTM belum sampai ke tahap Yamaha, atau mana-mana motosikal lain. Ia adalah normal dan inilah realiti dalam MotoGP.”

“Saya tidak mahu terus membandingkan dengan jentera sebelum ini (Yamaha),” Ujar Zarco bila ditanya tentang komen beliau.

“Kami sedang melakukan sesuatu untuk memperbaiki prestasi motosikal ini. Kami menghadapi masalah ketika berada di selekoh sebab motosikal ini memang nak jalan lurus saja. Bagus kalau dapat baiki prestasinya ketika di selekoh.

“Sasaran utama saya tetap tak berubah, 10 terbaik sejak di Qatar lagi. Saya terlalu jauh dalam dua perlumbaan sebelum ini tapi tak bermakna saya akan jauh juga minggu ni. Kami akan mulakan buku baru dan saya akan cuba yang terbaik”

Tags
Google ads
Back to top button