
KUHL RACING HASILKAN BODYKIT TERAKHIR NISSAN R35 GT-R
Sedia maklum bahawa Nissan R35 GT-R sudah hampir ke penghujung hayatnya. Namun, ia tidak menghalang Kuhl Racing untuk menghasilkan bodykit terakhir untuk supercar ikonik dari Jepun itu.
Kuhl Racing telah menghasilkan banyak bodykit untuk GT-R sejak sekian lama. Jadi, kit terakhir ini akan diberi nama Final Edition. Sekali pandang, bodykit itu memang mengubah rupa jentera tersebut agar tampil lebih garang.
Bahagian hadapan menerima bampar serba baharu dengan gril besar dan splitter. Rekaan itu mungkin membuatkan pemandu terkial-kial jika terpaksa melalui bonggol jalan, tetapi tak kisah janji nampak ganas.

Aspek rekaan yang paling menyerlah ialah bahagian fender dan arca roda belakang. Walaupun kelihatan lebar, namun ia tidak nampak pelik. Rekaan tersebut diteruskan dengan penambahan skirting sisi dan rim aftermarket.
Bahagian belakang turut menerima perubahan dengan peresap udara dan bampar. Model yang anda lihat ini menggunakan wing belakang standard. Tetapi, Kuhl Racing dikatakan sedang membangunkan wing belakang yang lebih besar.
Bodykit GT-R buatan Kuhl Racing yang paling luar biasa ialah unit dengan kemasan luaran berwarna emas bersama kit badan lebar dan ukiran tangan. Kereta tersebut tiba di pasaran kereta terpakai Dubai pada tahun ini dan ditawarkan dengan harga AS$500,000 (RM2.2 juta).
- BACA: NISSAN DEDAH VIDEO RESTORASI R32 GT-R. KOS CECAH RM1.7 JUTA!
- BACA: NISSAN SKYLINE GT-R R34 V-SPEC II NUR UNTUK DILELONG. BARU 10 KM PERBATUAN SAJA
- BACA: NISSAN LANCAR GT-R T-SPEC 2022. TERHAD 100 UNIT UNTUK JEPUN, BERMULA RM600K
- BACA: NISSAN BAWA GT-R T-SPEC KE THAI, SEMUA HABIS! GT-R R35 PUN SAMA!