TAK LAKU, HONDA THAILAND HENTIKAN JUALAN CIVIC HATCHBACK
Ketika sebilangan kecil rakyat Malaysia berharap supaya Honda Malaysia membawa masuk model Civic Hatchback ke pasaran ini, muncul pula berita yang kurang enak didengar dari Thailand.
Honda Thailand dilaporkan sudah menghentikan jualan jentera terseebut. Perkembangan itu juga bermakna kebanyakan pasaran termasuk Malaysia hanya akan menerima Civic versi sedan seperti yang telah kami uji di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini.
Sebab utama kenapa Civic Hatchbadk tidak lagi ditawarkan adalah kerana angka jualannya yang rendah berbanding model sedan. Angka jualannya didakwa semakin merudum dari tahun ke tahun iaitu 1,016 unit pada 2017 kepada hanya 1,843 sepanjang tahun 2019.
Ini menyebabkan Honda Thailand tidak lagi menghasilkan Civic Hatchback di kilangnya di Pracinburi. Sebaliknya, ia akan diambil terus dari kilang Honda di Jepun. Seperti namanya, Civic Hatchback hadir dengan rekaan belakang yang lebih pendek dan sporty.
Dari segi janaan kuasa, ia menggunakan khidmat enjin aspirasi biasa bersesaran 2.0 liter dengan kuasa 158hp. Manakala varian dengan enjin turbo VTEC bersesaran 1.5 liter pula mampu menghasilkan kuasa 180hp dan tork 240Nm.