Motosikal

HONDA CBR250RR GRAPHITE BLACK DIPERKENAL DI JEPUN, RM29.8K!

Salah satu motosikal yang hangat di pasaran sekarang ialah Honda CBR250RR. Harga yang premium tidak menjadi masalah buat para peminat kerana reka bentuk motosikal ini sangat menyerlah.

Pada Disember 2021, Boon Siew Honda (BSH) mengemaskini tawaran CBR250RR dengan memperkenalkan Trico Edition. Warna tersebut memang wajib dan merupakan identiti Honda sejak puluhan tahun dulu.

Selain warna Trico, CBR250RR juga boleh dimiliki dalam warna Matte Gunpowder Black Metallic.

Honda CBR250RR Trico Edition – Malaysia

Selang beberapa hari iaitu pada 20 Disember Honda memperkenalkan warna baharu Graphite Black untuk pasaran Jepun. Warna baharu itu akan diedarkan pada 20 Januari 2022. 

Dari segi penawaran, ada perbezaan untuk kedua-dua buah negara.

Di negara kita rangka merah ditawarkan digunakan pada warna badan hitam manakala di Jepun badan warna putih dipadan bersama rangka merah.

Untuk grafik, badan warna hitam dan putih berkongsi rekaan ringkas yang sama di kedua-dua negara.

Honda CBR250RR Matte Gunpowder Black Metallic -Malaysia

Pelanggan di Jepun kini mempunyai empat pilihan warna iaitu Graphite Black, Grand Prix Red, Matte Gun Powder Black Metallic dan Pearl Glare White. 

Warna hitam terbaru itu walaupun dengan grafik ringkas berjaya menyerlahkan imej misteri dan ‘jahat’ CBR250RR.  

Dari segi mekanikal, CBR250RR digerakkan enjin MC15E 249cc DOHC dua silinder berkuasa 41 ps pada 13,000 rpm dan tork 25 Nm pada 11,000 rpm. 

Ciri lain pada CBR250RR ialah suspensi teleskopik di depan dan Prolink di belakang. Pembrekan pula dibantu sistem ABS dan janggal rasanya untuk motosikal begini jika ianya tidak dijadikan ciri standard.

 

Seperkara lagi, CBR250RR Graphite Black menggunakan suspensi depan dan angkup brek Nisin warna hitam berbanding warna emas pada model merah, putih dan hitam kusam.

Untuk pasaran Jepun, Honda mensasarkan jualan 3,500 unit setahun dan dari segi harga ketiga-tiga warna iaitu Graphite Black, Matte Gun Powder Black Metallic dan Pearl Glare White dijual pada 8,217,00 (RM29,814).

Paling tinggi ialah Honda CBR250RR Grand Prix Red berharga 8,547,00 (RM31,011).

BACA: BOON SIEW HONDA TAWAR DISKAUN 10% ALAT GANTI UNTUK PELANGGAN TERJEJAS BANJIR

BACA: HONDA N-BOX CUSTOM STYLE + BLACK BAHARU, GAYA LEBIH PREMIUM!

BACA: HONDA CBR1000RR-R FIREBLADE SP 30TH ANNIVERSARY DIPERKENAL!

Google ads
Back to top button