,
Buletin

LALUAN MASUK BANDAR ALOR SETAR DAN K. TERENGGANU DITUTUP

Dalam usaha meminimukan pergerakan orang ramai dalam Perintah Kawalan Pergerakan. , Polis Dirajaya Malaysia membuat keputusan menutup laluan di dua bandar utama Alor Setar dan Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, penutupan jalan bermula 9 pagi dan tempoh penutupan akan ditetapkan kemudian.

Katanya, orang ramai hanya dibenarkan berada di atas jalan untuk urusan tertentu sahaja sepanjang perintah ini berkuat kuasa.

“Seperti yang sedia maklum, esok (Ahad) berkemungkinan pihak tentera akan membantu polis melakukan kawalan bagi memastikan pergerakan orang ramai dipantau.

“Kita bimbang jika perkara ini tidak dibendung, berkemungkinan lebih ramai akan dijangkiti wabak Covid-19 ,” katanya ketika melakukan pemantauan di sekatan di Jalan Tanjung Bendahara, di Alor Setar, malam tadi.

Mohd Rozi berkata, ketika ini, pihaknya masih dalam proses memberi kesedaran kepada orang awam supaya mereka tidak berada di luar dan terdedah kepada risiko jangkitan wabak itu.

“Kita akan maklumkan dari semasa ke semasa laluan yang ditutup kepada orang ramai supaya mereka tidak menggunakan laluan berkenaan.

Sementara itu di Kuala Terengganu pihak Polis menutup semua jalan masuk utama ke pusat bandar raya itu untuk mengawal pergerakan awam sebagai sebahagian daripada langkah perintah kawalan pergerakan yang sedang dikuatkuasakan kerajaan.

Ketua Polis Terengganu Roslee Chik berkata hanya mereka yang bertugas di perkhidmatan dan industri penting, atau mempunyai alasan yang munasabah sahaja dibenarkan masuk.

“Bagi individu yang memaklumkan untuk ke tempat kerja, mereka perlu menunjukkan bukti daripada jabatan atau syarikat tempat mereka bertugas sebelum dibenarkan masuk.

“Selain itu bagi individu yang sakit atau hendak membeli ubat, makanan dan serta lain -lain urusan yang dianggap perlu sahaja dibenarkan masuk,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, semalam.

KREDIT: HMETRO, MALAYSIAKINI DAN SINAR HARIAN

Tags
Google ads
Back to top button