Buletin

KLIP VIDEO ABANG POLIS MARAH DEDAH SIKAP DEGIL RAKYAT MALAYSIA

Sejak pagi tadi, tular satu klip video yang menunjukkan sebuah kereta peronda polis membuat rondaan di sebuah kawasan perumahan.

Rondaan itu dibuat bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan. Berdurasi 34 saat, ia jelas menunjukkan cabaran anggota polis yang terpaksa berdepan dengan kedegilan rakyat yang enggan mendengar arahan.

Biarpun dalam suara yang jelas jengkel dan marah dengan sikap tidak ambil peduli rakyat, terselit ayat-ayat melucukan.

“Korang ni dengar ke tak nak dengar? Mau cakap macam mana lagi mau kasi faham? Suruh duduk dalam rumah, duduk dalam rumah. Jangan keluar! Cakap baik-baik lu orang tak faham.

“Lu orang tak da otak ka? Kerajaan sudah keluarkan arahan, duduk dalam rumah masing-masing, jangan keluar berkumpul! Jangan sampai saya bertukar jadi Azwan Ali, karang habis semua saya maki,” katanya.

Lawak, lawak juga, tetapi apa yang penting kita semua rakyat Malaysia mesti beri kerjasama untuk kebaikan semua. Kalau masih berdegil, tidak mustahil tempoh larangan bergerak ini akan dilanjutkan.

Bersyukurlah kerana kita masih berpeluang duduk di rumah. Boleh tengok tv, makan Super Ring atau bergurau-senda dengan anak-anak. Sedangkan paukan polis, doktor, jururawat dan petugas lain terpaksa bergadai nyawa untuk kesenangan kita.

Masih tak reti nak bersyukur?  

Google ads
Back to top button