Buletin

LAMBORGHINI HURACAN EVO – 640PS, 0-100KM/J DALAM MASA 2.9 SAAT SAHAJA

Lamborghini baru sahaja memperkenalkan model facelift yang mahu dikenali sebagai Huracan Evo.

Sebenarnya, sudah empat tahun Huracan dilancarkan, jadi pengenalan sebuah model facelift dilihat wajar. Sebagaimana yang boleh dilihat, Huracan Evo hadir dengan rekaan lebih agresif.

Huracan Evo menerima bampar baharu bersama rekaan wing bersepadu untuk memberi aliran angin yang lebih lancar. Bahagian belakang dikatakan mendapat perubahan paling besar menerusi corong ekzos yang diposisikan lebih tinggi. Manakala spoiler itu membantu memberikan kuasa downforce lebih efisien.

Gabungan semua reka bentuk tersebut dikatakan berjaya menambah baik aspek aerodinamik sehingga lima kali ganda berbanding generasi pertama Huracan.

Jentera itu dikuasakan oleh enjin lebih berkuasa yang diambil daripada model Huracan Performante. Enjin V10 bersesaran 5.2 N/A yang mencatat rekod di litar Nurburgring itu mampu menjana kuasa mencecah 640PS dan tork 60Nm. Naik 30PS berbanding model terdahulu.

Hanya seberat 1,422kg, ia mempunyai nisbah berat kuasa 2.22kg/hp. Ini membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 2.9 saat dengan pecutan maksimum 325km/j.

Kuasa itu kemudian dipadankan dengan teknologi baharu seperti Lamborghini Veicolo Integrata (LDVI). LDVI berfungsi mengawal aspek dinamk kereta, ia dibantu oleh alat pengesan pecutan dan gyroscope iaitu Lamborghini Piattaforma Inzerziale (LPI) yang dipasang pada pusat graviti kereta.

Bukan itu sahaja, Huracan Evo turut dilengkapi sistem stereng pacuan roda belakang, sistem vectoring tork empat roda, suspensi aktif, kawalan cengkaman termaju dan banyak lagi.

Bunyi enjin penuh kuasa itu pula disalur keluar oleh sistem ekzos ringan bersama injap kemasukan titanium.

Ruang kabin Huracan Evo kini lebih moden dengan kulit Alcantara, selain kemasan Aranco Dryope. Pelanggan juga boleh memesan kemasan komposit tempaan karbon dan carbon skin.

Konsol tengah pula dipasang dengan paparan skrin sentuh bersaiz 8.4 inci. Ia hadir bersama ciri kawalan gestur jari, integrasi Apple CarPlay, navigasi satelit, radio web, cakera keras berkapasiti tinggi dan sistem telemetr dua kamera.   

Di Amerika Syarikat, Huracan Evo ditawarkan pada harga AS$261,274 (RM1.07 juta) seunit.

GALERI 

Google ads
Back to top button