
LAMBORGHINI TAYANGKAN KEMAMPUAN ‘RALLY MODE’ URUS PERFORMANTE – SANGGUP KE TOKEY KOSMETIK PANDU MACAM NI
Lamborghini baharu saja menayangkan video menunjukkan kehebatan mod rali Urus Performante. Ia dirakam di sebuah kitar off-road yang rasanya agak sesuai untuk sebuah super SUV eksotik macam urus.

Video memaparkan gandingan Attribute and Performance Developer, Mario Fasanetto dan Paul Wallace, seorang Instagrammer dan Youtuber menguji mod rali Urus. Ia juga membuktikan sesiapa sahaja mampu menguasai laluan off-road ringan dengan bantuan mod rali Urus.
Lamborghini Urus Performante ini sebenarnya mempunyai kelegaan bumi yang lebih rendah berbanding Urus standard dan rekaannya lebih kepada untuk prestasi dan perlumbaan. Cuma menariknya jurutera Lamborgini telah menambah mod rali untuk menyesuaikan sistem suspensi untuk aksi off-road. Ye lah, dah nama SUV takkan la nak main atas jalan berturap je.

Mod rali ini juga akan membuat pelarasan pada stereng dan trenkuasa akan oversteer lebih mudah dikawal. Tapi kena ada skil juga la sikit dan jangan mudah panik. Setakat skil isi minyak sambil berjoget buat video nenek kami pun boleh buat.
Kami suka dengan cara Lamborghini hasilkan video untuk perkenalkan mod rali mereka ini. Mana cukup dengan penerangan semata-mata. Cuma satu je, kalau diperhatikan trek ni setakat berdebu je lah. Permukaannya pula cukup sama rata dan tak ada langsung batu-betu kerikil ke, lopak-lopak ke. Kalau setakat laluan macam ni, Alza vtectec abang Japar pun boleh attack sambil gulung rokok daun.
Tapi apa-apa pun konsep hasilkan video macam ni memang kreatif. Kat mana sesuai nak buat video macam ni kat Malaysia eh? Takkan nak pergi ke tempat pembinaan.


Kredit Carbuzz.com