
TAK PUAS HATI MOTOSIKAL KENA TARIK, WANITA KETUK DENGAN BATU
Gara-gara berang motosikal ditarik kerana gagal membayar ansuran bulanan, seorang wanita di Indonesia bertindak merosakkan kenderaan tersebut dengan cara mengetuknya menggunakan batu, lapor laman berita Berita Hits.
Berdasarkan klip video yang tular di media sosial, dia dilihat mengetuk bahagian hadapan motosikal itu yang diletakkan di sebuah kawasan parkir.
Sambil merosakkan kenderaan tersebut, bibirnya tidak berhenti marah sehinggakan nombor pendaftaran motosikal itu tercabut daripada kedudukannya.
Dia bagaimanapun tetap meneruskan tindakan tersebut dengan melempar batu ke arah motosikal itu sekuat hati sebelum berlalu dari situ bersama anaknya yang masih kecil.
“Tidak dapat menerima kenyataan bahawa motosikalnya ditarik, seorang ibu merosakkan motosikalnya sendiri,” demikian keterangan video tersebut.
Video itu menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen mengenai perbuatan wanita berkenaan. “Ibu saya selalu berpesan, kalau mahu beli sesuatu, utamakan dahulu kemampuan. Jangan sampai menjadi masalah di kemudian hari,” kata seorang pengguna media sosial.
“Tidak mampu bayar tetapi dirosakkan pula. Ini sudah parah,” kata seorang lagi netizen. – AGENSI
- BACA: TUKANG TARIK KERETA MAUT DITETAK PARANG DI KLANG
- BACA: TRAK PIKAP DODGE RAM TARIK LORI BALAK SEBERAT 67 TAN. JAHANAM DRIVELINE BOSSKU
- BACA: DISAMAN KERANA TIADA PARKIR MOTOR! AYUH BIKERS. BANGKIT DAN PERTAHANKAN HAK KITA!
- BACA: PEMAJU LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KULIM BERNILAI RM7 BILION TARIK DIRI



