
LAMBORGHINI URUS SE ART BASEL MIAMI – HASIL KERJA ARTISTIK DENGAN 230 JAM KERJA MEWARNA
Tahukah anda suatu perkara mengenai model Super SUV, Lamborghini Urus. Ianya adalah sebuah model yang cukup laku keras. Dan khabarnya juga Lamborghini Urus ini antara model yang cukup mudah untuk dilihat di Pantai Miami, Florida. Bersepah. Ramai orang kaya agaknya.
Untuk rekod, Lamborghini Urus SE ini telah pun dilancarkan di Beijing tahun ini dan merupakan model PHEV pertama dari Lamborghini untuk Super SUV ini.

Dan untuk itu Lamborghini telah melakukan sesuatu yang unik terhadap model Urus SE ini, sekali gus bersempena dengan acara peribadi yang diadakan di Pantai Miami. Inilah dia Lamborghini Urus SE yang dihasilkan secara one-off bersempena dengan Art Basel Miami Beach yang diilhamkan daripada budaya dan gaya hidup Miami yang bertenaga dan berwarna warni.
Penampilan luaran Lamborghini Urus SE yang cukup menarik ini telah mendapat sentuhan artistik daripada Pusat Reka Bentuk Lamborghini Centro Stile. Ianya mengambil masa sehingga 230 jam untuk kerja mengecat dan juga proses ujian untuk mendapatkan hasil yang cemerlang sebegini.

Keunikan warna bahagian luaran Lamborghini Urus ini dengan menampilkan sorotan warna Blu Glauco, untuk mencipta warna kontras daripada warna badan Kelabu dan Hitam untuk mencipta livery yang memberi penghormatan kepada gabungan budaya, gaya dan bakat artistik bandar ini.
Bahagian bawah lip hadapan menampilkan gandingan warna Nero Noctis dan juga Blue Glauco yang terang. Penutup cermin dwiwarna dalam Grigio Telesto dengan jalur merah Blue Glauco menambah sentuhan keanggunan manakala diffuser belakang dalam Nero Noctis diperincikan dengan tepat dengan sorotan Blue Glauco yang sepadan.

Bahagian dalaman Lamborgini Urus SE serba mewah menampilkan balutan upholsteri kulit untuk tempat duduk yang dikontrakan dengan warna merah di bahagian tepi. Juga terdapat serta beberapa kemasan yang tertera MIAMI dan juga simbol model Urus pada bahagian yang menggunakan karbon fiber untuk lebih perincian istimewa.
BACA : TEMPAHAN LAMBORGHINI URUS SE PHEV DIBUKA – JANA 489 BHP DAN GARAK GERAK 60KM
BACA : LAMBORGHINI URUS SE PHEV DILANCARKAN DI BEIJING AUTO SHOW 2024