Buletin

PUSAT 3S FORD TERBESAR SDAC PJ2

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), rakan pengedar Ford Motor Company di Malaysia kini membuka pintu pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) terbesar yang dikenali sebagai Sime Darby Auto Connexion, Petaling Jaya 2 (SDAC PJ2).

Ford-SDAC-PJ2-mekanika (6)

Pusat 3S Ford ke -48  itu menyediakan 22 ruang penyelenggaraan bagi meningkatkan pengalaman pemilikan yang lebih baik buat pelanggannya.

Selain itu, kemudahan berkeluasan 99,400 kaki persegi berkenaan juga lengkap dengan peralatan diagnostik terkini Ford. Ia dikendalikan oleh pasukan juruteknik bertauliah Ford.

Ford-SDAC-PJ2-mekanika (2)

Semua kakitangan pengedaran Ford, termasuk juruteknik, kakitangan jualan dan servis telah menerima program latihan Ford yang diiktiraf di seluruh dunia demi  meningkatkan  kepakaran serta memenuhi kehendak pelanggan.

Pengarah Urusan SDAC, Syed Ahmad Muzri Bin Syed Faiz memberitahu, SDAC PJ2 direka untuk menyokong jumlah pelanggan Ford yang pantas berkembang di Lembah Klang dengan pengalaman jualan dan selepas jualan yang terbaik.

Ford-SDAC-PJ2-mekanika (5)

“Pusat 3S bertaraf dunia ini merupakan sebahagian daripada pelan pengembangan rangkaian serta penambahbaikan khidmat pelanggan Ford dan SDAC yang bernilai RM140 juta,” katanya.

Ketika menunggu kenderaan diservis, pelanggan boleh berehat di lounge khas, sambil  menikmati snek, minuman panas dan Wi-Fi percuma. Demi kemudahan pelanggan dan kakitangannya, kemudahan ini turut menyediakan sebuah bilik solat.

Ford-SDAC-PJ2-mekanika (4)

Sime Darby Auto Connexion, Petaling Jaya 2 terletak di lokasi strategik iaitu di Lot 3, Jalan 51A/219, 46100 Petaling Jaya (sebelah Lebuh Raya Persekutuan, berdepan dengan pengedaran SDAC PJ sedia ada).

Bilik pameran itu dibuka dari jam 8:30 pagi  hingga 6:00 petang (Isnin hingga Sabtu). Sementara pada hari Ahad dan cuti umum, ia dibuka bermula 10:00 pagi hingga 6:00 petang.

Ford-SDAC-PJ2-mekanika (1)

Sementara waktu operasi pusat servis pula ialah dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat; 8:30 pagi hingga 12:30 petang pada Sabtu dan tutup pada Ahad dan cuti umum.

Maklumat lanjut, hubungi hotline SDAC PJ2 di talian 019-858-1200 atau layari pautan: www.ford.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button