Buletin

JETOUR RAIKAN HARI MALAYSIA DENGAN GANJARAN PETROL RM1 JUTA SERTA FAEDAH EKSKLUSIF

Sempena sambutan Hari Malaysia, JETOUR Malaysia tampil meraikan pelanggan di negara ini dengan tawaran istimewa bernilai lebih RM1 juta sepanjang bulan September.

Melalui inisiatif ini, seramai 916 pelanggan pertama bakal menerima kad petrol bernilai RM2,000 selain perlindungan insurans komprehensif percuma selama setahun.

Bagi menghargai sumbangan penjawat awam, JETOUR turut memperkenalkan Program Eksklusif Pride of the Nation, yang menawarkan rebat tambahan tiga peratus di samping promosi bulanan sedia ada.

Ganjaran ini bukan sahaja membawa penjimatan kepada rakyat, malah mencerminkan komitmen JETOUR untuk terus menyokong kehidupan harian keluarga Malaysia.

Sabtu ini, 20 September, inisiatif tersebut akan diserikan lagi di KLCC ketika berlangsungnya Malaysia Sarong Music Run 2025, di mana JETOUR bertindak sebagai Penaja Utama dan Rakan Kereta Rasmi. Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat model kenderaan JETOUR, mendapatkan maklumat promosi, menjadualkan sesi pandu uji serta mendapatkan khidmat penebusan tawaran.

“Kami amat menghargai sokongan rakyat Malaysia sejak pelancaran pertama kami di sini. Hasrat kami adalah untuk memberikan manfaat yang benar-benar bermakna, bukan sekadar dari segi pemilikan kenderaan, tetapi juga penjimatan dalam kehidupan seharian,” kata Ketua Pegawai Eksekutif JETOUR Malaysia, Encik Fu Yong.

Sejak menembusi pasaran tempatan, JETOUR berjaya mengekalkan momentum kukuh dengan lebih 2,000 tempahan direkodkan dan lebih 1,000 unit telah diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh tiga bulan.

Jenama ini turut memperkukuh kedudukannya melalui kerjasama pemasangan tempatan di Johor Bahru bersama B-Assembly, anak syarikat milik penuh Berjaya Assets Berhad.

Bagi memudahkan pelanggan, JETOUR meneruskan siri jelajah komuniti di pusat jualan terpilih sekitar Lembah Klang, utara dan selatan tanah air sepanjang bulan ini.

Pelawat berpeluang menguji pandu kenderaan, mendapatkan penerangan produk secara langsung serta menikmati promosi eksklusif.

Google ads
Back to top button