LEWIS HAMILTON TERLANGGAR JACK MAN KETIKA PIT STOP
Lewis Hamilton mengakui berasa amat bimbang apabila terlanggar salah seorang mekanik pasukan ketika melakukan pit stop pada sesi latihan di Sochi, Rusia.
Jaguh Mercedes itu memasuki ruang pit terlalu laju sehingga terlanggar jack man berkenaan apabila ingin menukar tayar baharu pada sesi latihan sebelum berdepan Grand Prix Rusia.
Insiden tersebut menyaksikan pit man terbabit terpelanting ke belakang dan terjatuh pada bahagian belakang.
Bagaimanapun, dia telah bangun semula dan memberi isyarat kepada orang ramai bahawa berada dalam keadaan selamat.
“Maaf Magic. Adakah dia OK?,” tanya juara dunia tujuh kali itu.
Dalam pada itu, Mercedes mengesahkan jack man yang terpelanting terbabit tidak mengalami sebarang kecederan dalam insiden tersebut.
“Untuk semua yang bertanya, petugas kami OK,” kata pegawai Mercedes di laman sosial Twitter selepas ramai yang mula mengambil tahu keadaan mekanik terbabit.
Hamilton merekodkan masa kedua terpantas dibelakang rakan sepasukannya, Valtteri Bottas pada sesi latihan berkenaan. F1/Mirror