Motosikal

YAMAHA SCR950 SCRAMBLER 2017

Acara pameran motosikal terkemuka dunia, EICMA pada tahun 2015 jelas menunjukkan jentera scrambler kembali popular.

Yamaha-SCR950-scrambler-2017-mekanika (1)

Jadi, seperti dijangka banyak pengeluar terutama dari Jepun akan menawarkan motosikal sebegitu untuk menarik lebih ramai pembeli.

Kini, kita sudah boleh melihat antara hasil awalnya oleh Yamaha. Model jenis Scrambler itu dikenali sebagai 2017 Yamaha SCR950 dan dibina di atas platform Yamaha Bolt cruiser.

"XVS950XR Feature USA CAN"
“XVS950XR Feature USA CAN”

Dibangunkan untuk pasaran Amerika Syarikat (AS), rekaan Yamaha SCR950 menerima perubahan signifikan bagi memenuhi citarasa peminat scrambler.

Seperti Yamaha Bolt, SCR950 menggunakan khidmat enjin V-Twin dengan sistem pancitan bahan api dan sistem penyejukan udara bersesaran 942cc. Casisnya bagaimanapun langsung tidak diubah.

"XVS950XR USA CAN 2017"
“XVS950XR USA CAN 2017”

Perubahan estetik sebuah scrambler melibatkan penggunaan bar hendal lebih tinggi, plat nombor pada bahagian sisi, fork gaiter, rim lidi, tempat duduk yang rendah dan paip ekzos 2 dalam 1 dengan muffler yang sedikit menaik.

Yamaha SCR950 akan mula berada di pasaran AS pada Julai. Harganya sekitar AS$8,699 seunit. Sudah pasti, alat ganti aftermarket dan aksesori gaya hidup akan ditawarkan sekali.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button