Spyshot

SPYSHOT: KTM 1050 ADVENTURE CKD

Awal November lalu, Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd melancarkan KTM 1050 Adventure ke pasaran tempatan. Tetapi model berkenaan adalah versi import (CBU).

SPYSHOT-ktm-1050-adventure-ckd-mekanika (5)

Berita baik buat anda. Mekanika terlihat versi pemasangan tempatan (CKD) 1050 Adventure. Lokasi dirahsiakan. Difahamkan model tersebut dihantar untuk pengesahan jenis kenderaan (VTA) bagi mendapatkan kelulusan CKD di kilangnya di Kulim, Kedah.

Spesifikasi CKD adalah sama dengan CBU. Tiada pengurangan dilakukan. Operasi CKD dikatakan bakal bermula tahun hadapan.

SPYSHOT-ktm-1050-adventure-ckd-mekanika (3)

Lebih menarik, tentunya harga model CKD akan menjadi lebih murah. Pengurangan sekitar RM6,000. Mekanika menganggarkan kemungkinan KTM 1050 Adventure CKD akan dijual pada harga RM69,900 (sebelum GST). Betul atau tidak?. Sama-sama kita nantikan.

Untuk makluman, jentera touring itu dilengkapi enjin 1,050cc V-Twin 75 darjah. Ia mampu menghasilkan kuasa 95hp dan tork setinggi 107Nm. Penghantaran kuasa ke roda belakang dibantu oleh transmisi enam kelajuan.

SPYSHOT-ktm-1050-adventure-ckd-mekanika (7)

Model tersebut juga dilengkapi teknologi ride-by-wire.  Bagi tunggangan impresif, 1050 Adventure menawarkan empat mode iaitu Sport, Street, Rain dan Off Road.

KTM menyatakan 1050 Adventure hanya memiliki berat kering 212 kg. Penunggang boleh melaras bar hendal sehingga 20mm dan tempat meletak kaki memiliki pelarasan penjuru 10mm.

SPYSHOT-ktm-1050-adventure-ckd-mekanika (4)

KTM juga menawarkan suspensi WP peringkat tertinggi yang memberi talaan keseimbangan standard untuk kegunaan harian.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button