
Buletin
LI AUTO L9 - SUV PERDANA ENAM TEMPAT DUDUK YANG MEWAH
Pengeluar kenderaan dari China, Li Auto atau sebelumnya dikenali dengan nama Li Xiang terlebih memperkenalkan model perdana mereka, Li Auto L9, sebuah SUV PHEV mewah dengan enam tempat duduk.
- Model Li Auto L9 ini mula perkenalkan secara rasmi pada Jun 2022 yang dikhususkan untuk pasaran China sahaja.
- Ianya ditakrifkan sebagai sebuah model PHEV premium keluarga bersaiz penuh dengan mempunyai kerusi barisan ketiga menggunakan konfigurasi 2+2+2 tempat duduk.
- Sebagai model PHEV, ianya mempunyai dua motor elektrik, 130 kilowatt (174 HP) di hadapan dan 200 kilowatt (268 HP) di bahagian belakang. Kedua motor elektrik ini berupaya menghasilkan tork sehingga 620 Nm.

- Menggunakan pek bateri generasi terbaharu 44.5 kWh daripada NCM lithium , ianya mampu menggerakkan sehingga 215 km.
- Dan disebabkan ianya mempunyai kuasa bateri, ianya menawarkan enam tempat pengecasan Type C, dua soket 12V dan juga soket 220V yang membenarkan pengecasan alatan lebih besar seperti komputer riba misalannya.
- Disebabkan tork yang tinggi, memungkinkan SUV bersaiz besar ini tetap berupaya mencatatkan catatan masa 5.3 saat sahaja dari titik pegun ke angka 100 km/j.
- Li Auto L9 ini turut dibekalkan dengan enjin 1.5 liter Turbo empat silinder yang turut mempunyai kadar penjimatan bahan api yang agak baik (5.9 L/100 km)

- Ianya dilengkapi dengan sistem suspensi yang canggih, Li Auto Magic Carpet Air Suspension yang berupaya mengawal sebarang jenis permukaan jalanraya demi memastikan keselesaan penumpang di dalamnya tidak terganggu.
- Untuk menghiburkan penumpang dengan sejumlah ahli keluarga, Li Auto L9 ini dilengkapi sehingga 21 buah pembesar suara serta menawarkan Panoramic Audio 7.3.4 yang menjanjikan sistem bunyi yang bukan biasa – biasa.
- Tempat duduk Li Auto L9 ini direka untuk memaksimumkan keselesaan penumpang dan mengurangkan keletihan perjalanan. Tempat duduk dalam ketiga-tiga baris datang standard dengan kawalan pelarasan tempat duduk elektrik dan fungsi pemanasan tempat duduk, serta kusyen rekaan 3D dan upholsteri kulit Nappa.
- Ciri-ciri untuk tempat duduk baris pertama dan kedua termasuk pengudaraan tempat duduk dan urutan seumpama spa dengan sepuluh titik tekanan.

- Paparan skrin di bahagian hadapan menggunakan HUD yang menggunakan cip dual Qualcomm Snapdragon 8155 untuk kecepatan sistem yang tiada tandingan. Malah untuk hiburan penumpang hadapan dan belakang kini dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 15.7 inci.
- Sistem radar LiDAR turut tersedia pada bahagian atas bumbung yang turut dilengkapi dengan enam kamera 8 megapixel, lima kamera 2 megapixel, radar gelombang milimeter serta dua belas penderia ultrasonik untuk melindungi kenderaan dan juga penumpang dari pelbagai kemungkinan yang tidak diingini.
- Bumbung kaca panorama yang besar dari hadapan membawa ke belakang kelihatan memberikan lebih kesan mewah.
- Sebagai model perdana untuk Li Auto ketika ini, model L9 ini dijual pada aras harga 429,800 Yuan (RM280,001).
BACA : SUV CHINA, LI XIANG ONE DENGAN TEKNOLOGI PHEV PALING CANGGIH!
BACA : LI AUTO MEGA MPV – MUNGKIN INILAH DIA MPV MEGA TERPELIK