
LEXUS PERKENALKAN MODEL KONSEP EV DI JAPAN MOBILITY SHOW 2023 – SEDIA PENGALAMAN BAHARU UNTUK PENGUNJUNG
Lexus bakal mempamerkan model elektrik konsep di Japan Mobility Show 2023 yang berlangsung dari 26 Oktober hingga 5 November ini.
Bertemakan ‘Pushing the Boundaries of the Electrified Experience’, Lexus bakal memperkenalkan barisan EV konsep generasi akan datang.
Menurut Lexus, model konsep berkenaan adalah selaras dengan matlamat mereka untuk menjadi jenama kenderaan elektrik menjelang 2035.

Di reruai Lexus, ia akan menonjolkan pengunaan estetika tradisional Jepun dan bahan buluh mesra alam, menunjukkan komitmen Lexus untuk mencapai neutraliti karbon.
Selain model konsep, simulator pemanduan VR “Lexus Electrified VR Experience” turut menanti pengunjung JMS 2023.
Tambahnya, simulator tersebut membolehkan pengunjung merasai sendiri teknologi elektrifikasi dan AI bagi membantu memenuhi keperluan individu.
- BACA: TAZUNA CONCEPT LEXUS TAWAR PENGALAMAN PEMANDUAN LEBIH MANTAP
- BACA: TEMPAHAN LEXUS RX 500H F SPORT 2023 KINI DIBUKA. 371PS/460NM, BERMULA RM499K
- BACA: LEXUS GX 2024, BANGKIT NOSTALGIA JIP LAMA, 3.5L TURBO V6, 2.4L TURBO HIBRID
- BACA: LEXUS TX BAKAL TIBA DI PASARAN AMERIKA UTARA 2024, 4 VARIAN, HARGA SEKITAR LEBIH RM225K