
INI CABARAN BMW DALAM MENGHASILKAN iX60 YANG LEBIH POWER
Bagi menghasilkann kereta yang berkuasa petrol dengan kuasa yang lebih tinggi, jurutera hanya perlu membekalkan udara yang lebih banyak pada enjin supaya lebih banyak petrol dapat dibakar. Tambah petrol dan udara dalam enjin, maka enjin akan menghasilkan lebih banyak kuasa
Bagi kereta elektrik, proses yang sama berlaku namun jurutera perlu menyumbat lebih banyak elektron daripada bateri kepada motor elektrik dalam masa yang singkat. Namun cabaran yang dihadapi oleh BMW bagi menghasilkan model iX M60 lebih susah sebenarnya berbanding dengan enjin petrol.
Bagi memastikan lebih banyak elektron dialirkan dalam motor elektrik, jurutera memanjangkan motor elektrik sebanyak 20mm, jadi lebih banyak wayar tembaga berada dalam stator dan motor elektrik bagi memastikan elektron berada dalam motor elektrik.
Bagi model BMW iX xDrive50, motor elektrik bagi SUV elektrik ini beroperasi pada 600amps. Tapi dengan hanya meminda sedikit rekaan pada motor elektrik, motor ini mampu beroperasi pada 1200amps. Komponen stator yang berada dalam motor menerima satu set magnet menjadikan motor ini menggunakan 6 magnet kekal dalam motor elektrik

Hasilnya ialah peningkatan sebanyak 18% kuasa kuda dan 33% tork pada model M60 bagi menjana 483 kuasa kuda dan 649Nm tork. Masalahnya ialah, lebih banyak elektron mengalir dalam motor elektrik, maka lebih banyak haba terhasil. Jadi motor elektrik BMW ix M60 menggunakan sejukan minyak yang kemudian akan disejukkan dengan sistem penyejukan bendalir sistem bateri.
Peningkatan kuasa ini juga membenarkan halaju maksima BMW iXM50 yang pada asalnya dihadkan kepada 200km/jam dinaikkan kepada 250km/jam bagi varian BMW iXM60. Tapi tahukah anda bahawa motor elektrik pada kedua dua model ini dihadkan kepada 15,400 RPM sahaja.
Bagi model M50, ia menggunakan gear ratio 11.12:1 manakala bagi varian M60, ratio ini direndahkan menjadi 8.77:1. Tapi jika anda perasan, BMW iXM60 tetap menggunakan 1 gear tunggal sahaja berbanding dengan Porsche Taycan yang menggunakan 2 gear.
Tapi menurut BMW, adalah hampir mustahil untuk mengoperasikan sistem gear bagi menukar gear apabila motor elektrik beroperasi sehingga 15,400 RPM. Jadi operasi motor ini adalah lebih lancar jika ia beroperasi pada 1 gear tunggal sahaja
Motor elektrik yang digunakan oleh BMW iXM50 ini adalah dari jenis magnet kekal berbanding dengan motor induction (yang akan berputar apabila arus elektrik melaluinya) dan dipopularkan oleh Tesla. Berbanding dengan motor induction, motor dengan magnet kekal berupaya mengekalkan kekuatannya sepanjang masa berbanding dengan induction motor yang kekuatannya semakin merosot apabila berputar laju.
Namun kelemahan magnet kekal ialah, akan wujudnya geseran antara stator dan commutator dan motor ini perlu disimpan dalam satu bekas khas bagi menghalang elemen luar masuk dan menjadikan kehausan lebih teruk. BMW mengatakan motor ini perlu ditukar pada perbatuan 300,000km