Buletin

LIMOSIN ULTRA MEWAH UNTUK GOLONGAN BANGSAWAN – MERCEDES-BENZ S650 PULLMAN MAYBACH

Usaha Mercedes-Benz untuk mengangkat kembali martabat jenama Maybach ternyata boleh dipuji. Melihatkan sahaja kereta yang panjang berwarna gelap ini, sudah pasti tergambar bakal pemiliknya bukanlah calang-calang. Sama ada Sang Raja atau pun Pemimpin Ulung negara, cukup sajak untuk menaikinya di kerusi penumpang belakang. Inilah dia model karya agung, Mercedes-Benz S650 Pullman Maybach.

BACA : ALKISAH MAYBACH – JENAMA ULTRA MEWAH YANG PATUT KITA KETAHUI

BACA : PILIHAN WARNA HITAM ROLLS ROYCE GHOST INI SAMA HARGA DENGAN SEBUAH MYVI

Model ultra mewah ini melambangkan ciri-ciri eksklusif yang bukan kepalang kepada pemiliknya. Model yang diangkat daripada siri S Class ini merupakan model yang terpanjang dalam keluarganya. 6.50 meter adalah panjang keseluruhan model ini. Er, nama Mercedes-Benz S650 Pullman Maybach ini pun juga kan.

Mempunyai gril baharu berbilah menegak yang besar jelas mendominasi ruang hadapan dengan imej yang elegan ekslusif. Manakala di ruangan roda, tersergam indah rim bersaiz 20 inci dengan 10 batang, gaya sebuah Maybach. Tapi ianya tidak pula kelihatan terlalu seperti talam. Ngam-ngam orang kata.

Kalau rupa luaran pun dah sangat gah, apa tah lagi membabitkan rupa dalamannya. Bahagian penumpang di belakang jelas terserlah bagaimana keperluan dan kehendak bergabung untuk mencipta kabin yang cukup sempurna. Boleh berlunjur kaki bagai.

Manakala pada ruangan pemandu, kelihatan ianya tidak disemakkan dengan pelbagai butang yang canggih pada papan pemuka. Minimalis tapi praktikal orang kata.

Bagi menarik limosin yang besar dan panjang ini, sudah tentulah enjinnya harus perkasa. Dan itu bukanlah masalah besar apabila enjin turbo berkembar V12 menghasilkan 621hp. Pun begitu, Mercedes-Benz memaklumkan bahawa ianya masih tidak begitu berkuasa. 6.5 saat diperlukan untuk mencapai 100km/j dari titik pegun.

Model sebegini seharusnya mampu menarik perhatian golongan pembesar negara mahupun keturunan Raja seluruh dunia. Eksklusif dan berprestij.

Limosin ini sebetulnya sudah boleh ditempah dengan harga yang tidak murah mana Bermula dengan harga 500,000 Euro (RM2,414,659.00). Tapi Jutawan Kosmetik ataupun Jutawan Bengkung mungkin teruja kalau dapat beli. Kalau tengok harga, setakat harga dua juta apalah sangat. Rumah sampai 20 juta, kereta haruslah juta-juta juga, iya tak?

 

Google ads
Back to top button