Buletin

MERC S-CLASS MAYBACH YANG PERNAH DIMILIKI LEWIS HAMILTON INI NAK DIJUAL!

Kadang-kadang terfikir juga orang-orang hebat di dunia ini ada masa ke tidak untuk memandu kesemua koleksi kereta yang mereka miliki.

Rasanya memang tidak sebab kebanyakan yang hendak dijual mempunyai perbatuan rendah. Mungkin juga dismpan buat koleksi dalam garaj dan lagi menarik apabila kereta golongan ini sentiasa mempunyai nilai tinggi.

Contoh paling baharu ialah Mercedes-Benz S-Class Maybach yang pernah dimiliki oleh juara empat kali F1, Lewis Hamilton.

Tidak pasti pula kenapa beliau nak jual. Ini bukan calang-calang Mercedes-Benz kerana ia adalah edisi Maybach yang lebih mewah daripada Mercedes-Benz yang sudah sedia mewah.

Maknanya kereta ini lagi atas daripada Mercedes-Benz S-Class.

Kereta yang dimiliki oleh Lewis Hamilton ini diiklankan di dalam Auto Trader yang merupakan laman jual beli kenderaan baharu dan terpakai paling besar di United Kingdom.

Harganya macam biasa, tidaklah ‘mahal’ mana pun. Baru GBP 104,990 atau RM 562,201. Tak mahal kan? Baru harga semi D di kawasan pinggir bandar. 

Kereta Lewis Hamilton ini bukan biasa-biasa sebab ia dilengkapi dengan pelbagai aksesori premium seperti roda aloi 22 inci, sistem hiburan dalaman dan pelbagai lagi yang istimewa seterusnya membolehkan ia dijual lebih mahal dari biasa.

Jika tidak dilengkapi aksesori ini pun nama Lewis Hamilton sendiri sudah bernilai tinggi.

Jika disemak dalam Auto Trader terdapat 840 buah Mercedes S-Class yang hendak dijual, ada yang sama tahun (2015) dan dijual pada harga serendah GBP 27,500 atau RM 147,228 atau empat kali lebih murah daripada S-Class Lewis Hamilton. 

Kereta ini diiklankan untuk dijual semasa kemenangan Lewis Hamilton di perlumbaan F1 Azerbaijan beberapa minggu lalu.

Menurut Pengarah Editorial Auto Trader, Erin Baker, kereta ini istimewa sebab sebagai juara empat kali F1 tidak pelik apabila beliau hendakkan kereta yang terbaik dari yang terbaik, jadinya apabila kereta ini hendak dijual mesti ada sebuah tawaran yang lagi istimewa daripada Mercedes, mungkin Mercedes-AMG Project One agaknya.

Ini iklan dan spesifikasi Mercedes-Benz S-Class Maybach yang pernah dimiliki oleh Lewis Hamilton. Sedap juga.

2 Owners, Variable glass panoramic roof, Rear entertainment, 22″ alloy wheels, Night vision, Burmester high end audio system, Exclusive package, Rear seat comfort package, 360 Surround view camera, Head up display, Heated steering wheel, Massage and Dynamic front seats, Homelink, Power closing doors White, The car was previously owned by the reigning formula 1 World Champion Lewis Hamilton, Diamond white paintwork with a light Grey exclusive leather interior complemented with a Exclusive black interior trim, Parking package, Satellite Navigation, Electric heated memory ventilated front and rear seats, Driver assistance plus package which includes : Distronic plus with steering control and Stop & Go Pilot, DAB digital radio, Alcantara headlining, Electric roller blinds, Active park assist, Active blind spot assist, Active lane keep assist, Privacy glass, Air quality package, Reversing camera, Parking sensors ,Dynamic headlights, Comand, Electric folding wing mirrors, Leather/Wood multi function steering wheel, Paddle shift, 4 Zone climate control, Bluetooth connectivity/media streaming, Automatic lights, Auto dimming rear view mirror, Sat Nav, Sunroof, UK vehicle, Warranty until September 2018

BACA: MERCEDES-BENZ CLK63 AMG & CLK DTM RARE INI HENDAK DIJUAL!

BACA: 20 TAHUN BERKHIDMAT. MERCEDES AMG GT-R, SAFETY CAR F1 PALING BERKUASA DALAM SEJARAH

Google ads
Back to top button