Buletin

MERCEDES-MAYBACH EQS SUV – SUV ULTRA MEWAH ELEKTRIK SEPENUHNYA

Anda merupakan golongan Bangsawan sudah tentu memerlukan sebuah kenderaan yang melambangkan prestij. Tetapi dalam masa yang sama anda juga memerlukan sebuah kenderaan gaya hidup yang moden elegan dan paling penting mempunyai ultra mewah.

Dan inilah jawapan dia kepada persoalan di atas. Mercedes-Maybach EQS SUV, sebuah SUV ultra mewah elektrik sepenuhnya. Jelas kelihatan, dari segi saiznya, ianya menggunakan model Mercedes-Benz EQS untuk dijelmakan sebagai model Maybach SUV elektrik sepenuhnya ini. Ianya ibarat sebuah gabungan yang cukup sempurna buat Mercedes – Maybach, gandingan diantara teknologi EQS yang serba moden dan juga eksklusifiti Maybach. Bak kata pepatah Karl Maybach, “Yang baik mesti juga cantik”.

Secara amnnya bahagian luaran Mercedes-Maybach EQS SUV ini agak mengagumkan dengan reka bentuk progresifnya dengan elemen Maybach yang lebih premium. Luaran EQS SUV ini  dioptimumkan dengan lebih kesan aerodinamik disamping menawarkan perincian seperti gril radiator Maybach, profil belakang yang elegan dengan lampu belakang LED dalam reka bentuk helix 3D dan juga layangan cat dua tona yang eksklusif dan telah menjadi kelaziman buat jenama Maybach ini.

Bahagian luar istimewa dengan logo Mercedes yang terletak menegak pada atas hud yang berwarna hitam yang menyerlah. Dipadankan pula rekaan gril Maybach yang cukup menyerlah bagi menampilkan elemen  mobiliti elektrik, memastikan penampilan yang jelas. Juga terdapat sistem radar ditempatkan yang langsung tidak kelihatan pada pandangan mata.  Ada juga perkataan MAYBACH pada bahagian atas jalur yang bersadur krom untuk lebih kesan mewah.

Pada bahagian bawah bampar juga terdapat rekaan logo Maybach bagi menampilkan lebih ciri eksklusif . Dan pada bahagian bukaan pintu, ada sinaran lampu yang memaparkan logo Maybach sewaktu pintu dibuka. Baru betul bergaya dan mewah.

Bahagian kabin juga telah dilengkapi dengan lampu ambien bagi mendapatkan mood yang tenang kepada penumpang. Rekaan papan pemuka pula menampilkan rekaan yang cukup moden dan elegaan, tetapi masih lagi disulami dengan elemen kayu bagi memberikan lebih kesan ultra mewah. Begitu juga tempat duduk yang dibaluit Nappa dengan fungsi boleh direbahkan dan juga mengurut untuk keselesaan di penumpang belakang.

Untuk menghiburkan penumpang, sistem stereo SUV ultra mewah elektrik sepenuhnya ini menggunakan sistem bunyi keliling 4D daripada Burmester. Juga tersediia paparan skirn untuk penumpang di kerusi belakang. Bolehlah nak melayan movie atau pun konsert dalam kereta. Bahagian kabin juga kini dilengkapi dengan Energizing Air Control dengan penafis HEPA untuk memastikan pengudaraan yang bersih dan segar.

Sebagai kenderaan elektrik sepenuhnya, mode ini menggunakan dua motor kekal dengan kuasa 484 kW yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 649 HP dan 700 lb-ft. Menurut data yang diberikan, ianya mampu memecut dari titik pegun ke 100 km/j dalam tempoh 4.1 saat sahaja dan mampu memecut sehingga ke 209 km/j tanpa masalah.

BACA : MERCEDES-MAYBACH GLS 600 2023, SUV SUPER MEWAH DALAM PAKEJ 557 HP, 730NM

BACA : LIMOSIN ULTRA MEWAH UNTUK GOLONGAN BANGSAWAN – MERCEDES-BENZ S650 PULLMAN MAYBACH

Google ads

B K

Back to top button