" "
Buletin

GOODYEAR MALAYSIA TAWAR PROMOSI BAHARU – BELI 4 BIJI TAYAR ASSURANCE COMFORTTRED, TERIMA KREDIT TOUCH N’ GO E-WALLET RM200

Goodyear Malaysia melancarkan promosi baharu iaitu menawarkan kredit Touch ‘n Go eWallet sebanyak RM200 kepada pengguna yang membeli empat biji tayar Assurance ComfortTred.

Untuk menyertai promosi ini, pelanggan boleh membeli tayar Goodyear Assurance ComfortTred dari mana-mana kedai Goodyear atau kedai rasmi Goodyear Malaysia di Lazada dan Shopee. Promosi kini berlangsung hingga 30 Jun 2023.

“Di Goodyear, kami komited untuk menyediakan produk tayar terbaik khas untuk pelanggan kami. Kami memahami kepentingan pengalaman pemanduan yang selamat, tenang dan selesa di jalan raya.

“Promosi ini adalah cara kami untuk memberi kembali kepada pelanggan kami sambil memastikan keselamatan mereka di jalan raya,” Kata Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng.

Selain ganjaran kredit Touch n’ Go eWallet, pelanggan juga boleh mendaftar untuk Waranti Worry Free Assurance (WFA) yang menawarkan 1 tahun jaminan road hazard.

WFA adalah untuk melindungi pelanggan daripada kerosakan tayar disebabkan oleh kerosakan atau keadaan jalan raya, dua kali pemeriksaan keselamatan tayar percuma serta jaminan 5 tahun bagi sebarang ketidaksempurnaan pada tayar.

Pelanggan boleh mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut untuk menyertai promosi masa terhad ini:

Langkah 1: Beli tayar Goodyear Assurance ComfortTred dari kedai-kedai Goodyear yang mengambil bahagian atau kedai rasmi Goodyear di Lazada dan Shopee.

Langkah 2: Daftar tayar yang dibeli untuk Waranti Worry Free Assurance (WFA) di https://www.goodyear.com.my/warranty/register-your-tyres.

Langkah 3: WhatsApp butiran peribadi anda, resit dan tangkapan skrin WFA ke nombor Goodyear 012-998 8410.

Langkah 4: Terima kredit Touch ‘n Go eWallet anda dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penyertaan yang berjaya.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari halaman Goodyear Malaysia di https://www.goodyear.com.my.

Google ads
Back to top button