Buletin

LORI SIPUT LANGGAR BAHAGIAN ATAS PENGHALANG KONKRIT. HEMPAP KERETA DI BELAKANG

Mungkin anda pernah berdepan situasi berada di belakang lori konkrit ataupun lebih terkenal di negara kita sebagai lori siput.

Pada kebiasaannya, kita akan lebih berhati-hati kerana bimbang terdapat acuan simen ataupun batu-batu berterbangan apabila berada di belakang jentera terbabit.

Bagaimanapun, pernah tak terbayang berada di belakang lori siput secara tiba-tiba ia melanggar bahagian atas penghalang konkrit dan ia runtuh di atas kenderaan anda.

Klip video di Moscow, Rusia menunjukkan satu insiden tersebut yang dirakam melalui dashcam sebuah kereta.

Menurut Reddit, runtuhan berkenaan bukanlah laluan atas (overpass) tetapi ia digunakan sebagai penghalang konkrit memberi amaran kepada para pemandu trak jika kenderaan mereka terlalu tinggi untuk melalui laluan bawah jambatan.

Dalam rakaman pravda.ru, kenderaan di belakang lori terbabit berdepan detik cemas apabila runtuhan konkrit jatuh di bahagian atas kereta.

Difahamkan, terdapat empat penumpang di dalam kenderaan ketika kejadian berlaku. Bagaimanapun kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas selama beberapa jam di lebuh raya itu – agensi.

Google ads
Back to top button