Buletin

PENGANGKUT LORI TERANGKAT SENDIRI, PAPAN TANDA HEMPAP ATAS LORI

Seorang pemandu lori berdepan detik cemas apabila kenderaan berat yang dipandunya merempuh papan tanda jalan sebelum terjatuh menghempap bahagian atas lori tersebut di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu menghala ke Batu Maung, Balik Pulau.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa berusia 54 tahun tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan berkata, siasatan awal mendapati bahagian pengangkut kenderaan itu tiba-tiba terangkat sendiri semasa melintasi papan tanda besar yang berada di bahagian atas berkenaan

Menurutnya, kemalangan terbabit tidak melibatkan kenderaan lain melalui laluan berkenaan termasuk tiada pengguna jalan raya lain yang tercedera.

“Pemandu lori berkenaan juga tidak mengalami sebarang kecederaan namun dia dibawa ke balai polis untuk menjalani ujian saringan air kencing.

“Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala lori terbabit akan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk diperiksa,” katanya. – K! ONLINE

Google ads
Back to top button