Modifikasi

ENJIN HONDA K20C UNTUK DIJUAL, CUMA RM 36,382 SAHAJA

Ok, ini ada berita baik untuk peminat K-Swap atau peminat enjin siri K bagi tujuan modifikasi.

Honda Performance Development (HDP) telah mula menjual enjin lantai dari model Honda Civic Type R K20C tapi hanya terhad untuk 93 unit sahaja. Tetapi ia hanya untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja.

Enjin 2000cc turbo yang menghasilkan 310 kuasa kuda pada Honda Civic Type R ini pernah dipertontonkan di pameran SEMA 2017.

Enjin ini merupakan enjin yang direka untuk tujuan modifikasi boleh dipasang pada mana-mana kereta Honda atau kereta untuk tujuan perlumbaan.

Berbeza dengan pakej awal semasa SEMA, pakej kali ini datang dengan semua komponen bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan. Ia lengkap dengan ECU, sistem pendawaian, motor penghidup, alternator, turbo serta sistem suntikan bahan api terus.

Bergantung pada aplikasi yang hendak dipasang, pelanggan hanya memerlukan sistem transmisi, intercooler, sistem penyejukan enjin, klac dan flywheel yang mesti dicari sendiri.

Dalam pakej baru itu juga, ECU enjin telah ditala oleh Honda Performance Development dengan parameter keselamatan yang sesuai untuk kegunaan litar perlumbaan. Ciri ini tidak dijumpai pada ECU yang dijual secara aftermarket.

HPD telah mereka pendawaian enjin yang merangkumi punca bekalan kuasa, grounding, sistem pencucuhan serta pendawaian sistem sokongan, termasuklah kipas radiator dan pam cecair penyejuk.

Pedal minyak, brek dan klac turut diberikan dalam pakej. Ia memudahkan proses pemasangan disebabkan enjin ini menggunakan teknologi Drive by wire serta Rev-Match.

Harga pakej ini ialah RM36,382 termasuk semua pakej tambahan seperti ECU dan pendawaian. Tapi jika anda memilih untuk membeli enjin sahaja, harganya adalah sekitar RM27,448 sahaja.

Jangan ingat enjin K20C ini hanya sesuai untuk kereta Honda sahaja. Ini kerana soerang pelumba drift terkemuka di California memilih untuk melakukan K-Swap bagi kereta Toyota AE86 miliknya dengan menggunakan enjin K20C.

Google ads
Back to top button