
GUGUR AIR MATA IBU TUNGGAL TERIMA MYVI. EBIT LEW HADIAHKAN SEMPENA TAHUN BARU CINA
Pendakwah terkenal, Ebit Lew menghadiahkan sebuah kereta Perodua Myvi kepada seorang ibu tunggal, Koh Kim Keok di Kota Bahru, Kelantan sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Dalam hantaran Facebook Ebit Lew berkata, dia turut menghadiahkan tablet, wang belanja dan membayarkan sewa bulanan rumah wanita terbabit.
Dia menjelaskan mendapat maklumat keluarga berkenaan susah dan sudah lama tidak menikmati makan besar malah tiada sambutan Tahun Baru Cina.
“Selepas kematian suami, kakak ini membesarkan anak yang ramai seorang diri dengan bekerja di kedai kopi.
“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), gaji sehari RM20. Dulu RM30. Sebulan dapat RM600. Anak yang baju merah tu memeluk Islam dah lama. Tapi mereka hidup dengan penuh kasih,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ebit memberitahu seorang anak perempuan wanita itu yang mengambil jurusan kejururawatan terpaksa berhenti pengajian kerana tidak mempunyai sumber kewangan apabila perlu membayar yuran sebanyak RM800.
Katanya, dia mencadangkan agar anak perempuan tersebut menyambung pengajian semula kerana bekerja di kedai makan bagi membantu keluarga.
“Saya cadangkan untuk sambung belajar semula. Kami akan tanggung yuran jika belajar semula.
Tiada kenderaan untuk hantar anak sekolah.
“Dulu ada kereta lama dah jual besi buruk. Saya terus ajak beli kereta. Terus dapat tadi. Kereta Myvi. Menangis kakak gembira sangat,” ujarnya lagi.
Ebit turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu termasuk memaklumkan perkara tersebut kepadanya dalam membantu wanita terbabit. –FB Ebit Lew