Artikel Pilihan

PINTU PESAWAT BOEING 737 ALASKA AIR TERCABUT KERANA BOLT TIDAK DIPASANG DENGAN SEMPURNA – BAHAYA WEH BUAT KERJA MACAM NI

Pesawat Boeing 737 yang digunakan oleh Alaska Airlines Flight 1282 yang terlibat dalam nahas swaktu penerbangan bulan lepas telah selesai diperiksa. Pesawat tersebut telah kehilangan pintu keluar tengah (mid exit door atau MED) dalam penerbangan pada ketinggian 16,000 kaki. NTSB telah mengeluarkan laporan rasmi dan butirannya agak mengejutkan.

Menurut laporan NTSB sejurus berlepas dari Portland, skru bolt yang mengikat pintu telah tercabut dari kedudukannya. Ia menyebabkan tekanan dalam kabin menurun dengan mendadak dan mewujudkan kuasa sedutan yang kuat.

Punyalah kuat sampai ia mampu mengoyak dan menyedut keluar baju seorang penumpang berumur 15 tahun. Kepala juruterbang tertolak ke unit paparan head up manakala set kepala pembantu juruterbang tercabut dan terbang entah ke mana. Insiden mengakibatkan tujuh penumpang dan seorang anak kapal mengalami kecederaan ringan.

Pesawat Boeing 737-9 MAX telah terbang selama 510 jam penerbangan bersama Alaska Airlines tanpa sebarang masalah. Kehilangan empat skru bolts tersebut menjadi punca insiden tersebut dan berkemungkinan menyebabkan tragedi yang lebih buruk.

Kejadian yang berlaku menjadi satu tamparan hebat kepada Boeing yang bertangggungjawab membina dan menyelenggara pesawat tersebut.

CEo Boeing, Dave Calhoun menyatakan tidak kira apa kesimpulan yang diterima, Boeing mesti memikul tanggungjawab dan perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku bila pesawat keluar dari kilang.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) telah menggantung penerbangan 171 Boeing 737 MAX 9 selepas kejadian untuk pemeriksaan. Kesemuanya didapati lulus dan dibenarkan terbang kembali pada penghujung Januari lepas.

Laporang NTS menyebut bagaimana panel yang diletakkan untuk melindungi pintu keluar tengah pesawat telah tertanggal kerana empat skru bolt yang mengikatnya terlah tertanggal.

Sebelum kecoh kerana pintu pesawat tersebut kononnya buatan Malaysia dan ramai mengaitkannya dengan kualiti pintu buatan Malaysia. Ia memang dihasilkan di Malaysia tapi kemudian dihantar  ke Wichita, Kansas untuk pemasangan. Dengan kata lain ia cuma diperbuat di sini tapi dipasang oleh pihak lain.

Kalau pun pihak pemasangan lupa memasangnya, bagaimana pula dengan pihak yang melakukan pemeriksaan selepas pemasangan. Takkan tak perasan? Ke main tanda tangan macam tu je?

Google ads
Back to top button