Artikel Pilihan

MACAM MANA MAZDA CX-60 LULUS UJIAN MENGELAK RUSA MOOSE DENGAN CEMERLANG?

Beberapa hari lepas Mazda CX-60 e-SkyActiv D i-Active AWD dengan berat mencecah sehingga 1959kg telah selamat menjalani ujian mengelak rusa dan lulus dengan bergaya. Mazda CX-60 dengan varian Takumi ini datang dengan tayar Proxes dan juga Kinematic Posture Contro yang akan membrek tayar belakang dalam selekoh bagi mengurangkan olengan cesi selamasa selekoh

Berbeza dengan SUV lain, Mazda CX-60 juga dipasang dengan suspensi depan dari jenis Double Wishbone serta MultiLink Strut di bahagian belakang. Ujian Moose ini dibuat oleh km77.com disebabkan subjek ujian mesti dipandu melepasi 77km/jam untuk lulus cemerlang.

Berbeza dengan varian petrol, enjin turbodiesel lebih berat menjadikan CX-60 ini kurang lincah di selekoh tapi stering masih memberikan tindakbalas yang baik pada input yang diberikan. Malah pemandu ujian juga menyatakan sistem ESC telah ditala dengan cukup baik bagi Mazda CX-60, serta pemandu hanya sedikiot sahaja rasa understeer, oversteer dan juga olengan cesi

Untuk ujian slalom, Mazda CX-60 hanya memerlukan masa 25.4 saat untuk menyudahkan ujian ini dengan halaju 78km/jam, iaitu masa yang sama diambil oleh sebuah kereta kompak Opel Astra Elegance dengan enjin 1.2 turbo. Peugeot 2008 e-2008 GT Pack pula mengambil masa sehingga 25.3 saat manakala BMW X1 sDrive 180D mengambil masa 25.5 saat.

Enjin e-SkyActiv D yang digunakan oleh CX-60 merupakan enjin turbodiesel 6 silinder yang dihasilkan dalam 2 varian yang berbeza, satu varian yang rendah pacuan roda belakang dan satu lagi varian AWD dengan sistem hibrid 48 volt. Bagi varian tertinggi, ia menghasilkan sekitar 250 kuasa kuda dan 550Nm tork

Enjin ini dipasang di belakang gandar tayar depan, menghampiri pusat graviti CX-60 (front mid engine position) menjadikan agihan berat Mazda CX-60 adalah menghampiri 50:50 pada bahagian depan dan juga belakang Mazda CX-60. Ia merupakan agihan berat yang sama digunakan oleh Mazda Miata yang juga telah diuji dengan ujian ini dengan halaju tertinggi 82km/jam

Google ads
Back to top button