Buletin

MAHINDRA XUV AERO

Model konsep Mahindra XUV Aero menjadi perhatian utama pengunjung pada Auto Expo 2016 New Delhi.

mahindra-xuv-aero-concept-mekanika (3)

Menariknya model coupe crossover itu mendapat sentuhan pereka India Mahindra di Mumbai. Namun diselia oleh Pininfarina, Itali.

Tampil futuristik, XUV Aero berasaskan model SUV  XUV500. Bagaimanapun, SUV konsep itu bakal didatangkan dengan ciri premium. Ia diposisikan di atas Mahindra XUV500.

mahindra-xuv-aero-concept-mekanika (5)

Persamaan XUV500 dapat dilihat pada profil hadapan menerusi lampu LED dengan rekaan menegak dan ruang pengambilan udara yang lebih besar pada bampar.

Karakter garisan tajam diserlahkan menerusi rekaan bumbung yang condong di belakang. Ini mengukuhkan lagi gayaan coupe.

mahindra-xuv-aero-concept-mekanika (1)

Pada bahagian kabin, XUV Aero menerima sistem hiburan  dan sambungan baharu Mahindra. Sementara kerusi bucket dengan upholsteri kuning memberikan sentuhan yang lebih mewah.

Mahindra masih tidak mendedahkan spesifikasi  XUV Aero. Sekiranya model itu dikeluarkan secara massa kemungkinan ia akan menggunakan enjin  2.2 liter diesel dengan kuasa 140bhp.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button