
HONDA CBR 150R 2016
Berita ini sudah lama dinantikan, akhirnya PT Astra Honda Motor (AHM) rasmi melancarkan Honda CBR 150R 2016 di Litar Sentul, Bogor, Indonesia.
Honda CBR 150R 2016 itu disediakan dalam warna Revolution White dan Nitro Black. Harga model tersebut ialah Rp 32.5 juta (RM10, 075).
Bagi mereka yang memilih warna merah Honda Racing perlu membayar Rp 33.1 juta (RM10, 261) dan untuk edisi Repsol Rp 33.3 juta (rm10, 323).
Honda CBR 150R serba baharu itu menerima banyak perubahan. Badannya lebih ramping berbanding sebelumnya. Bertemakan konsep slim sporty.
Rekaan lampu hadapan lebih tajam. Menggunakan lampu LED yang dikatakan lebih jimat elektrik. Sementara bahagian odometer adalah digital sepenuhnya.
Model berkenaan akan berada di pasaran Indonesia pada Mac hadapan.
Sumber: jackbiker











