Buletin

MAHINDRA XUV700 CATAT TEMPAHAN 25,000 UNIT DALAM MASA 1 JAM

Mahindra menerima tempahan sebanyak 25,000 unit untuk model terbaharu XUV700 dalam tempoh 57 minit sahaja pada hari pertama.

Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Automotif M&M Ltd, Veejay Nakra berkata tempahan dibuka pada pukul 10 pagi dan kesemua 25,000 unit XUV700 ditawarkan pada harga istimewa habis ditempah dalam tempoh 57 minit sahaja.

“Proses produksi kenderaan berkenaan akan mengambil masa dalam tempoh 6 bulan bergantung kepada varian pilihan para pelanggan.

“Biarpun, pihak syarikat mengawal aliran trafik dalam talian tetapi sambutan di luar jangkaan menyebabkan para pelanggan berdepan masalah sistem perlahan ketika membuat tempahan,” katanya.

XUV700 dijual pada harga bermula rupee 14.49 Lakh (RM80,850) selepas harga istimewa ditawarkan terhadap 25,000 unit pertama terbabit.

Jentera berkenaan dilengkapi sistem ADAS dan menawarkan sistem brek automatik, kawalan adaptif cruise dan amaran pemandu mengantuk.

Selain itu, ia juga menawarkan lebih 60 ciri-ciri sambungan yang membenarkan pemandu mengawal kenderaan di mana-mana sahaja di dunia.

Mahindra XUV700 terbaharu 2.2 liter mHawk diesel dan 2.0 liter mStallion mampu memecut pada kelajuan 0-100 km/j dalam masa 5 saat. –cartoq

Google ads
Back to top button