
MAHU BERI KEYAKINAN KEPADA PENUMPANG, SEMUA KAKITANGAN ETIHAD SUDAH DIVAKSIN
ETIHAD Airways menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang telah memberi vaksin kepada semua juruterbang dan kru kabinnya.
Ia direalisasikan melalui inisiatif vaksinasi pekerja “Protected Together” Etihad yang dilancarkan secara rasmi pada Januari lalu.
Menurut syarikat penerbangan nasional Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu, langkah vaksinasi tersebut bukan sekadar membantu memerangi COVID19, malah bagi memastikan penumpang berasa yakin apabila terbang bersama mereka.
“Kami adalah satu-satunya syarikat penerbangan di dunia yang mewajibkan saringan COVID-19 bagi setiap penumpang dan anak kapal sebelum penerbangan.
“Kini, kami adalah syarikat penerbangan pertama di dunia dengan semua kru telah menerima vaksin,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Etihad Aviation Group, Tony Douglas.
Menepati sasaran kerajaan UAE untuk memberikan imunisasi kepada separuh populasi UAE pada akhir Mac, Etihad antara yang mendahului senarai dengan 75 peratus tenaga kerjanya sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
“Mengikuti program vaksinasi nasional, kami bekerja keras untuk mendapatkan status klinik vaksinasi COVID-19 yang diluluskan.
“Ini bagi menyokong dan memudahkan akses vaksin untuk kakitangan kami dan tanggungan mereka,” kata Naib Presiden Perkhidmatan Perubatan dan CSR, Etihad Aviation Group, Dr Nadia Bastaki. – Astro Awani
- BACA: AKIBAT TERLUPA, SEBUAH BMW DIJUMPAI SEMULA SELEPAS 6 BULAN – KENA PULA CAJ PARKIR RM27,300!
- BACA: AIRSIAL DIJANGKA OPERASI TAHUN DEPAN. JANGAN MACAM-MACAM, SYARIKAT PENERBANGAN ASLI DI PAKISTAN
- BACA: FIREFLY AKAN JADI SYARIKAT PENERBANGAN NASIONAL JIKA MALAYSIA AIRLINES DITUTUP
- BACA: #IKLANPILIHAN: TOYOTA VIOS 1.5J (M) 2012. RM2X,XXX. DEMI KELANGSUNGAN HIDUP, NEGO NIPIS