Buletin

MAKI POLIS STUPID, IDIOTS, WANITA DITAHAN DI PERSIARAN SURIAN

Seorang wanita ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis yang membuat sekatan jalan raya untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Insiden itu dilaporkan berlaku di Persiraran Surian bersempadan Kota Damansara-Damansara pagi tadi. Menurut laporan Malaysia Gazette, wanita itu dikatakan terperangkap dalam kesesakan jalan sebelum sampai di apartmen yang terletak berhampiran sekatan Op Covid. 

Sebelum itu, dia yang menaiki sebuah Proton X70 membunyikan hon hampir setengah jam ketika cuba mencari jalan keluar dari kesesakan ke rumahnya.

Sebaik berjaya tiba di perkarangan rumanya, dia memberhentikan kereta di hadapan pintu apartmen, menurunkan cermin kereta dan menjerit: “Hoi stupid, idiots, sekat jalan sampai jam teruk everywhere menyusahkan orang!”

Selepas 10 minit, dia muncul semula dan berjalan ke arah polis untuk memberi penjelasan serta rasa tidak puas hati terhadap sekatan jalan yang didakwa menyusahkannya membeli barang keperluan rumah.

Anggota polis yang bertugas sebaliknya meminta kad pengenalan dan menahannya. Wanita itu diarah duduk di bawah khemah yang disediakan untuk petugas sekatan jalan raya. 

Dia dibawa ke balai polis Damansara untuk tindakan siasatan lanjut di bawah Seksyen 7(1)  Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). 

Menurut OCPD Petaling Jaya, Asst Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, pihaknya terpaksa membuat sekatan kerana masih ramai yang memandu jauh dari rumah untuk membeli barang.

“Dia jerit kami bodoh. Ya, kami orang bodoh kerana terpaksa menjaga keselamatan anda,” kata Nik Ezanee.   

Google ads
Back to top button