Buletin

NAK BALIK BERAYA? PATUHI PKP – MENTERI PERTAHANAN

Kalau hendak menjalani hidup seperti biasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sila patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Itulah kata dua yang diberikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob . 

Beliau berkata demikian apabila menjawab sama ada PKP fasa kedua yang bermula esok hingga 14 April depam akan disambung atau sebaliknya. 

“Ramai yang bertanya apakah PKP yang kedua ini akan diteruskan menjadi PKP ketiga dan keempat.

“Adakah bulan puasa nanti PKP akan terus dilaksanakan? Bolehkan kita berhari raya dan sebagainya, saya tahu ramai rakyat yang ingin kembali kepada kehidupan biasa.

“Tuan puan yang boleh memastikan tiada PKP ketiga, keempat, kita boleh berhari raya seperti biasa (atau tidak) adalah tuan dan puan sendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdana Menteri.

Senang cakap, kepatuhan rakyat herhadap PKP yang akan menjadi penentu sama ada ia akan dilanjut atau ditamatkan pada 14 April depan. 

“Jika kita terus mematuhi setiap arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan, saya percaya kebimbangan PKP disambung akan dapat kita selesaikan,” kata Ismail Sabri. – Sinar Harian

Google ads
Back to top button