Buletin

MALANG NASIB KAU MUSTANG 1965!

Seorang pemandu yang dipertanggungjawabkan untuk memandu sebuah Ford Mustang tahun 1965 ke dalam trailer nampaknya berdepan mimpi ngeri.

Apa  tidaknya, bahagian belakang kereta yang sudah cantik diubah suai dan direstorasi itu tergelincir sebelum ia sempat masuk ke dalam trailer sepenuhnya. Tugas yang sepatutnya dijalankan dengan tenang, tanpa sebarang masalah berakhir dengan ‘tragedi’.

Sebab itulah saya rasa menonton klip video berdurasi 25 saat ini boleh membuatkan sesiapa sahaja (terutama peminat Mustang) mengalirkan air mata. Membaca komen-komen di laman YouTube, majoriti menyalahkan pemandu tersebut yang sepatutnya memandu kerereta itu dengan lebih perlahan.

BACA: LELAKI 97 TAHUN INI PEMILIK FORD MUSTANG PALING OTAI DI DUNIA

Melihat kepada video ini, sukar untuk kita menentukan seteruk mana kerosakan yang berlaku. Namun, apa yang pasti, bunyi badan model fastback itu jatuh memang bukan bunyi yang ingin kita dengar.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, dia menganggarkan kerosakan itu adalah sekitar AS$12,000 (RM53,000)! Pengsan nak bayar…

Dia juga mendakwa bahawa pemandu itu melarikan diri. “Sehingga kini, kami tidak pasti di mana dia dan kereta itu berada,” katanya. Biar apa pun yang berlaku, tiada siapa yang boleh mengesahkan keadaan pemandu dan kereta tersebut.

Apalah nasib pemandu tu ya? Tak mustahil kena buang kerja. Paling tidak pun kena potong gaji setiap bulan untuk bayar jumlah kerosakan. Haih..

Inilah yang orang kata sebagai malang tidak berbau. Kalau benda dah nak jadi, akan jadi juga walaupun kita dah buat benda yang sama mungkin beratus-ratus kali!

BACA: LELAKI INI CUBA MASUK KE DALAM BILIK PAMERAN ASTON MARTIN KL DAN INI LAYANAN YANG BELIAU TERIMA

Google ads
Back to top button