;
Buletin

MAZDA CX-5 & CX-9 FACELIFT 2018 – PINTU BELAKANG KUASA, APPLE CARPLAY, ANDROID AUTO & 360° VIEW MONITOR

Bermaz Motor baru-baru ini mengumumkan naik taraf untuk model SUV popularnya, CX-9 dan CX-9.

CX-5 facelift 2018 kini dilengkapi ciri pintu belakang kuasa yang membolehkan akses mudah untuk mengangkut atau mengeluarkan barangan dari ruang kargo. Anda hanya perlu menekan butang pada kunci untuk membukanya.

Sebagaimana yang kita ketahui, ciri itu biasanya ada pada jenama premium. Dibina dengan sensor, pintu belakang itu akan bergerak dari arah mengundur dan berhenti apabila terdapat sebarang gangguan.

Ciri yang dipasang terus di kilang itu ditawarkan pada varian 2.0L (GLS), 2.5L dan 2.2L sahaja. Anda boleh memiliki CX-5 varian 2.0L (GL) pemasangan tempatan pada harga bermula RM132,389 seunit.

Manakala varian 2.0L (GLS) bermula RM148,214, 2.5L dari RM160,004 dan varian diesel  2.2L dari RM164,693 seunit. Semua harga ini adalah di atas jalan dan tidak termasuk insurans.

CX-5 didatangkan dalam lapan pilihan warna iaitu merah, kelabu, putih, biru, perak, kelabu meteir, hitam dan putih artic.

Mazda CX-9 2018

SUV paling mewah Mazda itu kini hadir dengan Apple CarPlay, Android Auto dan 360° View Monitor.

Siri tu membolehkan pemandu dan penumpang mengakses aplikasi telefon pintar masing-masing menerusi sistem infotainmen MZD Connect dengan sambungan USB.

Menggunakan Mazda Commander Control, pengguna boleh menukar antara muka dan mengurus keupayaan lain dengan mudah. Buat masa sekarang, Apple CarPlay dan Android Auto hanya didapati pada model facelift CX-9 2018.

360° View Monitor menggunakan empat buah kamera untuk memberikan gambaran jelas kawasan sekeliling kenderaan kepada pemandu. Ia sangat berguna ketika hendak memarkir dan mengundur.

CX-9 2018 juga hadir dengan tempat duduk hadapan vebtilasi untuk lebih keselesaan. C-9 SKYACTIV-G 2.5L Turbo (CBU) ditawarkan pada harga bermula RM288,610 (tidak termasuk insurans). Terdapat lima pilihan warna iaitu kelabu, putih mutiara, biru kristal, perak dan hitam.

Semua kenderaan Mazda akan menikmati jaminan kilang selama lima tahun/100,000km, serta penyelenggaraan percuma untuk 3 tahun/60,000km yang merangkumi kos buruh, alat ganti dan minyak pelincir.

Tags